29 June, 2010

Bokashi (Baja Bio Organik)


Baja Organik bermikrob BOKASHI adalah sejenis baja organik serbaguna yang unik dihasilkan dengan teknologi dan kejuruteraan terbaik dari Jepun dengan menggunakan Bakteria Aerobik untuk proses permentasi dan pengeringan secara asli, menjadikannya sejenis baja organik terbaik untuk berinteraksi dengan tanah dan alam semulajadi.

Beberapa penyelidikan telah membuktikan bahawa baja organik bermikrob seperti BOKASHI ini mendatangkan kebaikan kepada tanah dan tanaman kerana kandungan organik, nutrien, dan mikrob berfaedah (E.M) di di dalamnya boleh meningkatkan dan memperbaiki pengudaraan dan saliran air dalam tanah, membantu perkembangan mikro flora yang berfaedah di dalam tanah seterusnya meningkatkan ketersediaan nutrien yang dapat diserap oleh tanaman daripada tanah, walaubagaimana pon tambahan PEMULIH TANAH kepadanya melengkap dan menambahkan lagi keberkesanannya.

Kelebihan Baja Organik BOKASHI mengandungi mikrob berfaedah (E.M) dan sebilangan besar kandungan nutrien dalam bentuk organik.

  • Meningkatkan dan memperbaiki kandungan nutrien dalam tanah.
  • Memperbaiki keadaan pengudaraan dan pegangan air untuk perkembangan akar yang lebih sihat.
  • Mengurangkan kadar kemasaman dan keasidan tanah.
  • Mengandungi kandungan humic asid, amino asid dan unsur mikro yang tinggi.
  • Mengurangkan proses larut resap dan kehilangan nutrien.
  • Meningkatkan kadar pertukaran kation (cec) untuk meningkatkan daya pengambilan nutrien oleh tanaman.
  • Mesra alam, mengandungi 100% bahan organik “Biodegradeable”
  • Bebas dari bakteria pathogen, benih rumput dan tidak berkulat.
  • Boleh dicampur/digaul dengan PEMULIH TANAH supaya lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.