20 October, 2010

Kelapa Sawit

Pokok Kelapa Sawit

Jenis
Kelapa sawit yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan pada 3 jenis iaitu jenis Dura yang mempunyai tempurung tebal, Jenis Tenera mempunyai tempurung nipis dan jenis Pisifera tidak mempunyai tempurung. jenis yang ditanam secara commercial ialah jenis Tenera ( kacukan di antara jenis Dura dengan jenis Pisifera ) kerana jenis ini menghasilkan minyak yang tinggi dibandingkan dengan jenis Dura dan Pisifera.

Keadaan Tanah
Tanah yang sesuai ialah jenis tanah gembur dalam, tanha lumpung gembur ( clay loam ) atau tanah liat berketul-ketul baik. Keasidan tanah diantara 5.0 - 5.5 dan kecuraman tanah tidak melebihi 15o .Pengaliran air mesti sempurna.

PENANAMAN

Elaeis guineensis fruits on tree, ripe and 2 w...

Menyediakan Benih
Benih biasanya dijual oleh Jabatan Pertanian dan beberapa ladang kelapa sawit. Benih dijual dalam keadaan
(a) Biji -biji yang telah bercambah,
(b) Anak pokok yang mempunyai 2 helai daun.
Benih mestilah disediakan 33 peratus lebih dari yang dikehendaki.

Tapak semain mestilah berdekatan dengan ladang .
(a) Biji benih yang telah bercambah ditanam kedalam beg plastik berlubang berukuran 38cm lebar X 51cm dalam ( 15 X 20 inci ). Beg-beg plastik berisi benih diatur dalam 3 barisan. Bila berumur 6 bulan aturan beg-beg benih diubah menjadi 0.9 X 0.9 X 0.9 m ( 3 X 3 X 3 kaki ) cara  tiga segi dan dibiarkan begini hingga umur 12-14 bulan untuk diubah terus ke ladang.
(b) Cara kedua dengan menanam biji benih yang telah bercambah ke dalam beg plastik kecil berukuran 15 cm lebar X 23 cm dalam ( 6 inci x 9 inci ) atau keatas batas semain pertama  berukuran 122cm lebar x 23cm tinggi ( 4 kaki x 9 inci ). Biji benih ditanam 10 x 10 cm ( 4 x 4 inci ) di batas semaian. Benih-benih ini dibiarkan tumbuh selama 4 bulan kemudian diubah ditempat semaian kedua atau dalam beg plastik lain ukuran 38cm lebar x 51cm dalam ( 15inci x 20inci ).Unsur-unsur baja yang digunakan ialah Nitrogen (N),Phosphorus , Kaliam, dan Magnesiam( MgO). Kadar yang digunakan dalam 4 bulan pertama ialah 15N:15 Phosphorus:6 Kaliam:4MgO dan dari umur 5-14 bulan pula baja yang diguna 12 N : 12 Phosphorus : 17 Kaliam : 2MgO.

Lubang Menanam
Saiz yang biasa digunakan ialah 0.5m x 0.5m x 0.5m ( 1.5 kaki x 1.5 kaki x 1.5 kaki ). Dilubang tanaman kadar CIRP yang digunakan bergantung pada jenis tanah. Beg plastik yang mengisi anak semain dibuangkan. Setelah anak semaian ditanam,tanah disekeliling perdu pokok dikejapkan. Pastikan pokok ditanam pada had dalam yang betul. Selepas 3 - 4 hari menanam , tanah di sekeliling perdu pokok diperiksa supaya cukup kejap.

Jarak Menanam yang disyorkan adalah seperti berikut :-









Jarak Tanaman         Cara    Bilangan Pokok


  Sehektar/      Seekar








9.8m x 9.8 m                                   ( 32 kaki x 32 kaki ) Tiga sudut ( triangular planting )    119     48

9.2 m x 9.2 m                                    ( 30 kaki x 30 kaki )            - sama -      135          55


Bagi kawasan yang curam ,pokok kelpa sawit perlu ditanam diatas teres yang sesuai adalah 8.8m ( 29 kaki ).Walau bagaimanapun jarak di antara 7.6m - 10.1 m ( 25 - 33 kaki ) adalah juga disyorkan.

Kacang Penutup Bumi
Campuran 4.5 kg/ha ( 4 1b / ekar ) Calopogonium mucunoides,4.5 kg/ ha ( 4 1b/ekar) Pueraria phaseoloides 1.1 kg/ha ( 1 1b/ekar) Centrosema pubesens 1.1 kg/ha ( 1 1b/ekar ) Calopogonium caeruleum adalah disyorkan.Biji benih perlu dilelas ( scarified ) dan dicampur dengan hama rhizobium yang sesuai. Baja CIRP pada kadar berat yang sama dengan biji benih kekacang dicampur kan untuk memperolehi pertumbuhan sekata.

PENJAGAAN

Mencantas
Apabila pokok di ladang berumur 18 bulan, mana-mana pelepah yang terlalu rendah hendaklah dicantas untuk menyenangkan kerja merumput. Bagi pelepah-pelepah yang meyokong tandan-tandan buah jangan sekali - kali dicantas sehingga tiba masa memungut buah. Bagi pelepah yang dicantas perlu disusun  diantara barisan agar tidak menjadi penghalang kepada laluan.

Mengawal Rumput
Merumput di sekeliling perdu pokok dengan cangkul atau tajak 1 - 2 bulan sekali semasa pokok belum besar adalah disyorkan. Semasa merumput pelepah-pelepah daun jangan dirosakkan. Rumput -rumput di antara barisan boleh dikurangkan atau dimusnahkan dengan menanam kekacang penutup bumi atau menjalankan 'selective weeding' dengan menggunakan racun rumpai yang sesuai . Rumpai 'naxious'perlu dibuang 3 bulan sekali .

Membaja
Pembajaan dibuat selepas kerja memungut selesai dilakukan.

Mengawal Musuh Dan Penyakit
Terdapat banyak musuh dan penyakit menyerang kelapa sawit tetapi kerosakan tidaklah begitu teruk. Kerosakan hendaklah dikesan lebih awal lg supaya tindakan mengawasinya dapat diambil dengan segera.

Memungut Hasil
Bila berumur antara 36-50 bulan, kelapa sawit telah mengeluarkan hasil pertama . 51/2 - 61/2 bulan dari masa pendebungaan,maka buah kelapa sawit telah cukup masak. Apabila didapati  40-60 biji buah kelapa sawit dari satu mayang yang dianggarkan beratnya 9 - 14 kg ( 20 - 30 paun ) atau 2 biji /1b berat buat gugur ke tanah, maka mayang-mayang ini telah sesuai dipotong. Ini adalah panduan yang senang digunakan dan yang diamalkan di ladang-ladang kelapa sawit. Kelewatan atau terlalu awal memungut hasil boleh menyebabkan pengurangan kandungan minyak dan juga menurun mutu minyak.
Pusingan mengutip hasil bagi peringkat permulaan ialah tiap-tiap 10 atau 15 hari sekali tetapi apabila hasil mencapai paras ekonomik,maka pusingan mengutip hasil ialah tiap-tiap 5 hari.




Enhanced by Zemanta

Buah Kelapa

Jenis
Di Malaysia terdapat tiga jenis kelapa yang biasa ditanam iaitu jenis tinggi ,jenis rendah dan jenis kacukan Mawa. Jenis kacukan Mawa ini diperolehi daripada kacukan diantara Jenis Kuning Rendah Malaysia ( MYD ) dengan Jenis Tinggi Afrika Barat ( WAT ).

   
Singapore coconut


Keadaan Tanah
Pokok-pokok kelapa banyak didapati hidup subur di kawasan berdekatan dengan laut kerana tanah pantai mempunyai saliran yang baik dimana faktor yang amat mustahak bagi tanaman ini ialah pengaliran yang sempurna. Walau bagaimanapun kelapa boleh hidup di berbagai keadaan tanah melainkan tanah pasir dan tanah gambut baru.

PENANAMAN


Menyediakan Benih
Pemilihan buah yang baik dan segar untuk dijadikan benih adalah sangat musatahak dalam penyediaan biji benih.Buah yang dipilih mestilah berbentuk bulat,sederhana besar,cukup tua dan daro pokok yang pengeluaran tinggi dan tidak berpenyakit. Benih hendaklah disediakan dua kali ganda dari yang dikehendaki. Setelah benih dipilih, benih hendaklah disemai pada tapak semaian yang telah disediakan.Tapak semain mestilah seboleh-bolehnya berdekatan dengan kawasan yang hendak ditanam dengan kelapa. Lebar tapak semain ialah 1.2-1.5m ( 4-5 kaki)dan panjangnya sesuka hati. Buah kelapa disemai dalam 3 barisan diatas batas iaitu di dalam parit-parit yang dibuat sedalam 15cm ( 6inci ). Jarak semain ialah 46cm ( 18inci ) antara barisan dan 30cm ( 12inci ) antara buah-buah di dalam barisan. Buah-buah tadi dikambus dengan tanah meninggalkansedikit sahaja bahagian yang terdedah. Tempat semain hendakalah diberi naungan. Selepas 6 bulan menyemai,anak kelapa disemai untuk diubah keladang. Hanya pokok yang subur ,tumbuhnya tegak dan yang tidak berpenyakit sahaja yang dipilih.


Coconut germinating on Black Sand Beach, Islan...

Lubang Menanam
Lubang tanaman hendaklah disediakan terlebih dahulu. Ukuran yang biasa digunakan ialah 0.6 X 0.6 X 0.6 ( 2 X 2 X 2 kaki ). Bagi tanah berpasir ukuranya ialah 0.9m X 0.9m X 0.9m ( 3 X 3 X 3 kaki )


Menanam
Menanam hendaklah dilakukan diawal musim hujan .Anak-anak kelapa jangan ditanam terlalu dalam dan bahagian atas buahnya hendaklah terdedah sedikit. Selepas menanam tanah di sekeliling benih hendak dipadatkan.


Menyulam
Kawasan hendakalah selalu diperiksa dan kerja-kerja menyulam hendaklah dibuat mengantikan mana-mana pokok yang mati atau kurang sihat selama 5 tahun dari masa menanam. Oleh itu satu semain selebar 1/6 dari luas tapak semain pertama tadi hendaklah disediakan dan dikawal denan baik.


PENJAGAAN


Merumput
Kawasan sekeliling anak pokok 0.9-1.2m ( 3-4kaki ) mestilah bersih dari rumput rampai dan rumput rampai yang kering boleh dijadikan sungkupan .

Mengawal Musuh Dan Penyakit
Making a rug from coconut fiber
Untuk menjamin pengeluaran yang tinggi, faktor yang juga harus diberi perhatian ialah pengawalan musuh-musuh dan penyakit .
The coconut tree

Memungut Hasil
Buah kelapa mula dipetik apabila kulitnya bertukar menjadi warna perang dan air didalam berkocak bila digoncang. Di ladang -ladang kelapa biasanya kutipan hasil dibuat 45 hari sekali iaitu 8 kali setahun ,kerana jika kutipan dibuat 60 hari sekali didapati banyak buah yang telah gugur.   Kelapa jenis rendah mula berbuah 4 tahun dan kelapa jenis tinggi 6 tahun selepas menanam dan jika dijaga dengan sempurna akan berbuah sehingga berumur 60 tahun atau lebih. Kelapa jenis MAWA pula mulai berbuah selepas 3 1/2 tahun. Hasil purata bagi sehektar setahun daripada pokok jenis tinggi ialah 2,500 - 3,700 biji bagi pekebun-pekebun kecil ( 1,000 - 1,500 biji ekar ) dan bagi ladang-ladang besar ialah di antara 6,200 - 7,500 biji ( 2,500 - 3,000 biji / ekar ) Angka ini diperolehi dari Rancangan Pembangunan Pekebun-Pekebun Kecil Kelapa.                                                               


A wall made from coconut husks



Enhanced by Zemanta

Tanaman Buah Tembikai

Pengenalan 


Tembikai ( Citrullus Iunatus Schard ) dikenali juga dengan nama Melikai,Timun Cina atau Semangka. Ia adalah sejenis buah tropika yang dipercayai berasal dari kawasan tropika di Benua Afrika. tembikai biasanya dimakan segar atau diproses menjadi minuman ( jus ) dan bijinya dijadikan kuaci. Varieti yang popular ialah New Dragon ( isi merah ), Yellow Baby ( isi kuning ), Fengshan dan Quality ( tanpa biji ).

Watermelon with yellow flesh


 Iklim
Tanaman Tembikai memerlukan cuaca panas untuk pertumbuhan dan pengeluaran hasil yang baik. Suhu antara 25C - 35C pada siang hari dan 18C - 22C pada waktu malam serta hujan sekurang-kurangnya 380mm setahun adalah diperlukan.

Tanah
Tanah berpasir dan tanah gembur berpasir yang tidak bertakung air adalah sesuai untuk tanaman tembikai. pH yang sesuai adalah antara 4.6 - 7.0 , Tanah yang sebelum ini telah ditanami tembikai atau lain-lain tanaman dari keluarga cucurbitaceace ( seperti labu,petola,peria timun tidak digalakan ditanami lagi dengan tanaman tembikai untuk 3 tahun. Ini adalah untuk mengelakkan penyakit yang berjangkit dari tanah.

Penanaman
Terdapat 2 cara untuk penanaman tembikai iaitu ditanam terus keladang menggunakan biji benih atau disemai dahulu dalam beg plastik kecil yang dipanggil kerek.

Sistem Tanaman Terus
Sistem ini diamalkan di kawasan yang luas melebihi 3 hektar.Keperluan biji benih ini ialah di antara 250-350gram sehektar.Biji-biji benih ini direndam selama 12jam dan digaulkan dengan racun kulat ( seperti thiram pada kadar 3 gram bagi 1000gram biji benih).Kemudian ianya dibungkus dalam kain lembap sehingga biji benih kembag dan akar pertama kelihatan barulah ditanam keladang pada kadar 3-4 bijij benih  selubang.


A close-up of a watermelon leaf

Sistem Semain ( Kerek )
Campuran tanah dan tahi ayam dengan kadar 3:1 disediakan dan diisi ke dalam beg plastik kecil ( kerek ). Dua atau tiga biji benih disemai disetiap kerek .Dua atau tiga biji benih disemai disetiap kerek. Kerek-kerek ini diletakkan ditapak semain yang mempunyai 50% lindungan dan disiram 2 kali sehari. Sekiranya tiada lindungan,selepas disiram kerek-kerek perlu ditutup dengan plastik hitam sehingga biji benih bercambah.

Menanam
Tanah yang telah dibajak,digali lubang berukuran 30cm X 30cm X 30cm dengan jarak tanaman 2.0 X2.5m. Ini memberikan 2000 lubang sehektar bagi kawasan tanah berpasir. Tanah yang mempunyai lebih kandungan liat seperti tanah mineral memerlukan lubang yang lebih besar dan dalam lagi. Sebelum mengubah,anak anak benih dan lubang tanaman disiram , sebanyak 1.0-1.5kg ,tahi ayam kering dan satu sudu (6-8gram) racun serangga seperti (carbofuran)dibubuh kedalam lubang dan digaulkan dengan tanah .Setiap lubang ditanam dengan 2 anak benih.Sebaik-baiknya penanaman dirancang supaya bermula pada akhir musim hujan.

PENJAGAAN

Sungkupan
Sungkupan dibuat sebaik sahaja anak benih diubah keladang. Ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kelembapan tanah dan membantu pengawalan rumpai. Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah rumput,lalang,jerami kering,surat khabar lama dan plastik bersalut aluminium.

Pemangkasan
Jalar tanaman tembikai perlu dipangkas pada ruas keenam atau ketujuh iaitu apabila tanaman berumur di antara 10-15 hari. Ini dapat menjamin. Ini dapat menjamin tanaman tumbuh dengan lebih subur dan memberi buah yang lebih seragam.

Pembajaan
Program pembajaan yang biasa diamalkan bagi tanaman tembikai adalah seperti dalam jadual :


Peringkat               pertumbuhan Masa           Jenis Baja                  Kadar / lubang
Pertumbuhan awal Menanam       Tahi Ayam 12:12:1:2 1-1.5 kg 50 gram
Pengeluaran daun dan jalar (pertumbuhan tampang )                   10 HST 12:12:17:2 100 gram
Pengeluaran bunga,putik dan buah 30 HST 12:12:17:2 100 gram
Pembesaran buah  45 HST 12:12:17:2 100 gram
Catatan Sebelum tanaman tembikai menjalar, baja ditabur dalam bulatan lebih kurang 30cm dari pangkal pokok. Apabila pokok mulai menjalar,baja diberi dalam empat poket yang dibuat lebih kurang 50-70cm dari pangkal pokok.


Selain daripada itu tanaman ditanah BRIS perlu juga disembur dengan baja daun seminggu sekali .Ini adalah untuk merangsang proses pembungaan dan pembuahan.

Pengairan 
Tanaman tembikai memerlukan air yang banyak untuk  pertumbuhan pokok yang baik dan pembesaran buah yang maksimum.Keperluan air adalah kritikal diawal penanaman ( 10 hari pertama ),diperingkat pengeluaran bunga ( 30-40 HST ) hari selepas tanam dan semasa pembesaran buah ( 40-45 HST ).Sistem pengairan yang digunakan bergantung pada tanah.
Penentuan kecukupan air boleh diuji dengan mengenggam tanah berkenaan,sekiranya tanah itu tidak berkecai,ini menandakan air adalah mencukupi.

PENUAIAN

Penentuan Kematangan
Kematangan buah tembikai ditentukan berpandukan kepada ciri-ciri berikut:

1.Umur pokok : ( Faktor umur kepada varieti dan musim penanaman. Penanaman pada musim panas             menyebabkan buah matang lebih awal ).

2.Warna sulur paut dan daun buah : ( Sulur paut bertukar warna dari hijau muda kepada kuning dan kering. Sulur paut yang kering menandakan buah terlalu matang ) .

3. Warna kulit buah yang bersentuh tanah : ( Warna putih sebelum matang dan bertukar kuning apabila matang ).

4. Menjentik buah : ( Buah matang berbunyi seperti berongga .Buah belum matang bunyinya padat dan nyaring ).

5. Urat pada jalur : ( Bagi tembikai berjalur ,urat pada jalur memecah dan warna menjadi jalur menjadi pudar apabila buah matang ).

6. Kekilatan kulit buah : ( Buah boleh dituai apabila kulitnya menjadi pudar atau kurang berkilat. Pada peringkat ini kandungan gula mencapai tahap maksimum ).


Cara Menuai
Buah-buah dituai dengan memotong tangkai buah menggunakan pisau gunting .Jangan sekali -kali memetik dengan merabut atau memulas kerana ini akan menyebabkan kecederaan pada tampok buah dan memudahkan jangkitan penyakit dan menjadikan buah busuk.

Pengendalian Lepas Tuai
BUah-buah yang telah dipetik ,dikumpulkan diteduh,diasingkan mengikut saiz,bentukdan varieti sebelum disusun kedalam bakul-bakul buluh atau rotan . Ia seterusnya dimuatkan kedalam kenderaaan yang berbumbung untuk diangkut kedestinasi jualan.

Enhanced by Zemanta