20 October, 2010

Kelapa Sawit

Pokok Kelapa Sawit

Jenis
Kelapa sawit yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan pada 3 jenis iaitu jenis Dura yang mempunyai tempurung tebal, Jenis Tenera mempunyai tempurung nipis dan jenis Pisifera tidak mempunyai tempurung. jenis yang ditanam secara commercial ialah jenis Tenera ( kacukan di antara jenis Dura dengan jenis Pisifera ) kerana jenis ini menghasilkan minyak yang tinggi dibandingkan dengan jenis Dura dan Pisifera.

Keadaan Tanah
Tanah yang sesuai ialah jenis tanah gembur dalam, tanha lumpung gembur ( clay loam ) atau tanah liat berketul-ketul baik. Keasidan tanah diantara 5.0 - 5.5 dan kecuraman tanah tidak melebihi 15o .Pengaliran air mesti sempurna.

PENANAMAN

Elaeis guineensis fruits on tree, ripe and 2 w...

Menyediakan Benih
Benih biasanya dijual oleh Jabatan Pertanian dan beberapa ladang kelapa sawit. Benih dijual dalam keadaan
(a) Biji -biji yang telah bercambah,
(b) Anak pokok yang mempunyai 2 helai daun.
Benih mestilah disediakan 33 peratus lebih dari yang dikehendaki.

Tapak semain mestilah berdekatan dengan ladang .
(a) Biji benih yang telah bercambah ditanam kedalam beg plastik berlubang berukuran 38cm lebar X 51cm dalam ( 15 X 20 inci ). Beg-beg plastik berisi benih diatur dalam 3 barisan. Bila berumur 6 bulan aturan beg-beg benih diubah menjadi 0.9 X 0.9 X 0.9 m ( 3 X 3 X 3 kaki ) cara  tiga segi dan dibiarkan begini hingga umur 12-14 bulan untuk diubah terus ke ladang.
(b) Cara kedua dengan menanam biji benih yang telah bercambah ke dalam beg plastik kecil berukuran 15 cm lebar X 23 cm dalam ( 6 inci x 9 inci ) atau keatas batas semain pertama  berukuran 122cm lebar x 23cm tinggi ( 4 kaki x 9 inci ). Biji benih ditanam 10 x 10 cm ( 4 x 4 inci ) di batas semaian. Benih-benih ini dibiarkan tumbuh selama 4 bulan kemudian diubah ditempat semaian kedua atau dalam beg plastik lain ukuran 38cm lebar x 51cm dalam ( 15inci x 20inci ).Unsur-unsur baja yang digunakan ialah Nitrogen (N),Phosphorus , Kaliam, dan Magnesiam( MgO). Kadar yang digunakan dalam 4 bulan pertama ialah 15N:15 Phosphorus:6 Kaliam:4MgO dan dari umur 5-14 bulan pula baja yang diguna 12 N : 12 Phosphorus : 17 Kaliam : 2MgO.

Lubang Menanam
Saiz yang biasa digunakan ialah 0.5m x 0.5m x 0.5m ( 1.5 kaki x 1.5 kaki x 1.5 kaki ). Dilubang tanaman kadar CIRP yang digunakan bergantung pada jenis tanah. Beg plastik yang mengisi anak semain dibuangkan. Setelah anak semaian ditanam,tanah disekeliling perdu pokok dikejapkan. Pastikan pokok ditanam pada had dalam yang betul. Selepas 3 - 4 hari menanam , tanah di sekeliling perdu pokok diperiksa supaya cukup kejap.

Jarak Menanam yang disyorkan adalah seperti berikut :-









Jarak Tanaman         Cara    Bilangan Pokok


  Sehektar/      Seekar








9.8m x 9.8 m                                   ( 32 kaki x 32 kaki ) Tiga sudut ( triangular planting )    119     48

9.2 m x 9.2 m                                    ( 30 kaki x 30 kaki )            - sama -      135          55


Bagi kawasan yang curam ,pokok kelpa sawit perlu ditanam diatas teres yang sesuai adalah 8.8m ( 29 kaki ).Walau bagaimanapun jarak di antara 7.6m - 10.1 m ( 25 - 33 kaki ) adalah juga disyorkan.

Kacang Penutup Bumi
Campuran 4.5 kg/ha ( 4 1b / ekar ) Calopogonium mucunoides,4.5 kg/ ha ( 4 1b/ekar) Pueraria phaseoloides 1.1 kg/ha ( 1 1b/ekar) Centrosema pubesens 1.1 kg/ha ( 1 1b/ekar ) Calopogonium caeruleum adalah disyorkan.Biji benih perlu dilelas ( scarified ) dan dicampur dengan hama rhizobium yang sesuai. Baja CIRP pada kadar berat yang sama dengan biji benih kekacang dicampur kan untuk memperolehi pertumbuhan sekata.

PENJAGAAN

Mencantas
Apabila pokok di ladang berumur 18 bulan, mana-mana pelepah yang terlalu rendah hendaklah dicantas untuk menyenangkan kerja merumput. Bagi pelepah-pelepah yang meyokong tandan-tandan buah jangan sekali - kali dicantas sehingga tiba masa memungut buah. Bagi pelepah yang dicantas perlu disusun  diantara barisan agar tidak menjadi penghalang kepada laluan.

Mengawal Rumput
Merumput di sekeliling perdu pokok dengan cangkul atau tajak 1 - 2 bulan sekali semasa pokok belum besar adalah disyorkan. Semasa merumput pelepah-pelepah daun jangan dirosakkan. Rumput -rumput di antara barisan boleh dikurangkan atau dimusnahkan dengan menanam kekacang penutup bumi atau menjalankan 'selective weeding' dengan menggunakan racun rumpai yang sesuai . Rumpai 'naxious'perlu dibuang 3 bulan sekali .

Membaja
Pembajaan dibuat selepas kerja memungut selesai dilakukan.

Mengawal Musuh Dan Penyakit
Terdapat banyak musuh dan penyakit menyerang kelapa sawit tetapi kerosakan tidaklah begitu teruk. Kerosakan hendaklah dikesan lebih awal lg supaya tindakan mengawasinya dapat diambil dengan segera.

Memungut Hasil
Bila berumur antara 36-50 bulan, kelapa sawit telah mengeluarkan hasil pertama . 51/2 - 61/2 bulan dari masa pendebungaan,maka buah kelapa sawit telah cukup masak. Apabila didapati  40-60 biji buah kelapa sawit dari satu mayang yang dianggarkan beratnya 9 - 14 kg ( 20 - 30 paun ) atau 2 biji /1b berat buat gugur ke tanah, maka mayang-mayang ini telah sesuai dipotong. Ini adalah panduan yang senang digunakan dan yang diamalkan di ladang-ladang kelapa sawit. Kelewatan atau terlalu awal memungut hasil boleh menyebabkan pengurangan kandungan minyak dan juga menurun mutu minyak.
Pusingan mengutip hasil bagi peringkat permulaan ialah tiap-tiap 10 atau 15 hari sekali tetapi apabila hasil mencapai paras ekonomik,maka pusingan mengutip hasil ialah tiap-tiap 5 hari.




Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.