29 June, 2010

Bokashi (Baja Bio Organik)


Baja Organik bermikrob BOKASHI adalah sejenis baja organik serbaguna yang unik dihasilkan dengan teknologi dan kejuruteraan terbaik dari Jepun dengan menggunakan Bakteria Aerobik untuk proses permentasi dan pengeringan secara asli, menjadikannya sejenis baja organik terbaik untuk berinteraksi dengan tanah dan alam semulajadi.

Beberapa penyelidikan telah membuktikan bahawa baja organik bermikrob seperti BOKASHI ini mendatangkan kebaikan kepada tanah dan tanaman kerana kandungan organik, nutrien, dan mikrob berfaedah (E.M) di di dalamnya boleh meningkatkan dan memperbaiki pengudaraan dan saliran air dalam tanah, membantu perkembangan mikro flora yang berfaedah di dalam tanah seterusnya meningkatkan ketersediaan nutrien yang dapat diserap oleh tanaman daripada tanah, walaubagaimana pon tambahan PEMULIH TANAH kepadanya melengkap dan menambahkan lagi keberkesanannya.

Kelebihan Baja Organik BOKASHI mengandungi mikrob berfaedah (E.M) dan sebilangan besar kandungan nutrien dalam bentuk organik.

  • Meningkatkan dan memperbaiki kandungan nutrien dalam tanah.
  • Memperbaiki keadaan pengudaraan dan pegangan air untuk perkembangan akar yang lebih sihat.
  • Mengurangkan kadar kemasaman dan keasidan tanah.
  • Mengandungi kandungan humic asid, amino asid dan unsur mikro yang tinggi.
  • Mengurangkan proses larut resap dan kehilangan nutrien.
  • Meningkatkan kadar pertukaran kation (cec) untuk meningkatkan daya pengambilan nutrien oleh tanaman.
  • Mesra alam, mengandungi 100% bahan organik “Biodegradeable”
  • Bebas dari bakteria pathogen, benih rumput dan tidak berkulat.
  • Boleh dicampur/digaul dengan PEMULIH TANAH supaya lebih berkesan.

Pokok Bendi

Picture
PANDUAN MENANAM BENDI

PENGENALAN


Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah di tanam

dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh

dipelbagaigunakan seperti buahnya boleh dibuat ulam dan dimasak dengan pelbagai cara; kari, salad dan

digoreng. Buahnya juga boleh diproses iaitu ditinkan, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula

digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas

dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.

PENANAMAN


Bendi boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah

lembah sungai yang bersaliran baik.

PENYEDIAAN TANAH


Bajak dan gembur tanah sedalam 15 cm hingga 22 cm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam.

Sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar.

CARA-CARA MENANAM


Tanam biji benih sedalam 2.5 cm di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90

cm antara pokok. Selepas 2 minggu cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gram biji benih

diperlukan untuk satu batas berukuran 1.2m lebar dan 30 m panjang.

MEMBAJA


Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar tanah, 1 tan baja

diperlukan.

MENYIRAM


Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan

pembentukan buah.

MERUMPUT


Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label racun herba tersebut.

SUNGKUPAN


Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering ataupun kepingan plastik bagi mengawal rumpai dan untuk

mengekalkan kelembapan tanah.

MEMANGKAS


Setelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu di pangkas setinggi 40 cm hingga 60 cm dari paras tanah untuk

mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima tunas baru di biarkan menbesar selepas pemangkasan.

Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaan.

KAWALAN MUSUH DAN PENYAKIT


Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan

buah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga

seperti Diazinon.

Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada adaun-daun tua di mana daun-daun ini kelihatan

bertompok-tompok hatam dan berjelaga. Penyakit ini boleh di kawal dengan menyembur racun kulat Benomyl.

Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.

PENUAIAN


Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 cm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya

akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mut buah. Penuaian mula dilakukan ketika:

a. 50 hingga 55 hari selepas menanam

b. 5 hingga 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebungaan

c. Buah berukuran 10 hingga 12 cm panjang, iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya rapuh, senang

dipatahkan

dan belum berpulur.

Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya

pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah

yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil di anggarkan

10 tan hingga 15 tan sehektar.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI


Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan ditempat teduh dan dimasukkan kedalam bakul ( plastik atau buluh) yang

telah di alas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh di simpan selama 2 hingga 3 hari

tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu di percikkan supaya pengudaraan menjadi lembap. Buah-buah

yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 hari hingga 8 hari dalam keadaan suhu 24oC

hingga 26oC dan kelembapan bandingan 70 hingga 75 peratus.

Program Bumi Hijau Pusat Tuisyen Generasi Intelek ( PTGI )


Picture
Pusat Tuisyen Generasi Intelek yang terletak di Medan Klebang Restu Chemor Ipoh Perak telah menganjurkan satu Program Bumi Hijau dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Kinta Perak.Program Bumi Hijau ini dihadiri seramai 30 orang pelajar dari ( PTGI ) berumur dari 4 tahun hingga 6 tahun dan Ibu Bapa setiap pelajar serta penduduk di Medan Klebang Restu Chemor.

Tujuan Program ini di adakan untuk menanamkan minat pelajar-pelajar dalam pertanian dan ia juga sebagai tambahan dalam pembelajaran.Disamping itu juga Ibu Bapa dapat berkongsi pengetahuan dan belajar cara tananaman yang betul.Program ini telah diadakan pada hari Ahad dimana ia mendapat galakan dan persetujuan daripada Jabatan Pendidikan Perak.Program ini telah di beri taklimat oleh Pegawai Latihan dan Pemasaran dari Jabatan Pertanian Daerah Kinta iaitu Encik Sallehuddin.

Picture
Picture


Encik Sallehuddin menunjukan cara-cara penyedian menggunakan cocopit
Picture
Picture
Picture
Picture


Pelajar-pelajar memulakan aktiviti memasukkan sabut kelapa kedalam bekas yang telah disediakan.Dengan ini dapat memupuk semangat kepada pelajar-pelajar dari peringat awal cara-cara untuk bercucuk tanam
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Paragraph.
Picture


Ibu Bapa diberi peluang untuk menunjukkan bakat cara - cara menanam anak benih kedalam pot yang disediakan

Majlis Penyerahan Sijil kepada pelajar dan penyerahan KIT tanaman kepada Ibu Bapa

Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Saya harap dengan cara ini kita dapat memupuk semangat anak - anak kita supaya cinta kan alam sekitar dan dapat menghasilkan gaya hidup yang sihat dan juga menyahut seruan kerajaan

Penggunaan MMO ( FPE ) untuk Serangga


1. MMO FPE adalah penghalau serangga yang tidak merbahaya kepada manusia dan diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan.
2. MMO FPE diperbuat dan diaduni dengan bahan - bahan yang beraroma .bergetah dan mempunyai rasa pahit.Penggunaan pada kadar 1:1000 pada tanah dan 1:500 pada tanaman.Keberkesanan MMO FPE boleh dipertingkatkan dengan mencampurkan MMO5 pada kadar 1:1 sebagai biopest repellent.
3. Aplikasi MMO FPE perlu dimulakan dengan kadar yg rendah contoh 2ml-4ml-6ml.
4. Penggunaan MMO FPE pada tanaman sayuran tidak boleh melebihi 10ml / liter.
5. MMO FPE sesuai untuk menghalang serangga perosak, semut, anai-anai,lalat dan sebagainya.


Untuk Tanaman = 1:500ml air( seminggu sekali )
Untuk Tanah = 1:1000ml air( seminggu sekali )
Untuk lain2 Serangga = 1: 500ml air

Untuk tanaman yang sudah agak teruk diserang oleh serangga perosak penggunaan dalam kadar 2ml:500ml air ( 2 kali dalam sehari ) berterusan selama seminggu dengan menggunakan air tanpa klorin untuk mendapat keputusan yg memuaskan.



MMO dalam Sistem Kandang dan Sistem Takungan




Untuk sistem longkang ,basah kan lantai kandang dengan larutan MMO mengikut luas kawasan kandang seperti yang dicadang pada kadar 1:200. Kering kan longkang setiap 6 bulan dan basahkan kandang kosong dengan MMO pada nisbah 1:50 sebelum operasi.

2. Bagi sistem kolam takungan gunakan MMO pada nisbah 1:1000 sekurang-kurangnya 3 kali seminggu semasa tempoh perawatan selama sebulan ( untuk mengalakkan pembiakan bakteria berguna dalam kolam dan menghalang daripada kehadiran mikroorganisma perosak yang menyebabkan bau busuk ) dan pada nisbah 1:2000 sekurang-kurangnya 1 kali seminggu sebagai penyelengaraan berterusan.


Cara penggunaan untuk Parit dan Kolam Takungan:

Jumlah / isipadu liter
5000

10,000
20,000
40,000
80,000
100,000
200,000



Aplikasi Petama MMO ( 1 Bulan )

5 liter
10 liter
20 liter
40 liter
80 liter
100 liter
200 liter


Penyelengaraan bulanan ( sekali seminggu )

1 liter
2 liter
4 liter
8 liter
16 liter
20 liter
40 liter


Aplikasi pada Kolam Takungan :

1. Kadar larutan 1:1000 berpandu pada jumlah kapasiti kolam takungan.
2. Aplikasi hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu


Sistem Semburan :

1. Jika kandang mempunyai sistem semburan bagi tujuan penyejukan, MMO boleh digunakan pada nisbah 1:1000.Gunakan larutan setiap 10 saat.
2. Sebelum menggunakan sistem tersebut pastikan alatan tersebut tidak tersumbat.

Penggunaan MMO bagi Ternakan Ayam



Operasi ternakan ayam adalah yg terkenal dengan penghasilan gas amonia yg banyak dan kehadiran MicroOrganisma perosak.Gas Amonia yg naik dr najis ke udara boleh menyebabkan dada dan kaki ayam rosak dan boleh juga menyebabkan buta pada ayam.Gas amonia juga boleh menyebab kan komplikasi pernafasan pada manusia dan ternakan serta stres kepada pekerja masyarakat sekeliling dan pihak berkuasa.

Kandungan konsenterasi Amonia yang tinggi boleh membawa maut.Purata rumah ayam mengandungi lebih kurang 20-29ppm Amonia.

Proses pereputan bahan organik oleh mikroorganisma perosak juga menyumbangkan kehadiran bau busuk.Rahsia untuk meningkatkan kesihatan umum daripada operasi ternakan dan aduan daripada orang ramaiadalah dengan mengurang atau menghilangkan bau amonia.Mikrob secara semula jadi akan menguraikan.Amonia adalah bahan oxidative,ia kembang dengan aktif dan menyokong pertumbuhan bakteria pembawa penyakit.
Dengan MMO yang mempunyai tindakbalas antioxidan pada najis, ia juga menghalang bahan organik oleh mikroorganisma perosak yang menimbulkanbau busuk,mengawal pertumbuhan bakteria perosak pembawa penyakit dan mengurangkan kehadiran lalat.


Kebaikan mengunakan MMO

1. Mengawal pencemaran bau
2. Mengurankan stress kepada ternakan,pekerja serta masyarakat sekeliling.
3. Mengurangkan kehadiran lalat.
4. Murah dan efektif.
5. Selamat dan Mesra alam


Cara - Cara :

1. Bersihkan reban ayam , sembur dan basuhkan semua kawasan reban.
2. Tempoh rawatan dengan MMO pada nisbah 1 : 50
3. Penggunaan harian dengan MMO pada nisbah 1 : 500
4. Sebagai minuman pada nisbah 1 : 1000/2000
5. Sembur pada najis samaada najis baru atau lama.

MMO dalam Ternakan Haiwan,







Operasi ternakan haiwan jika tidak diselengara dengan sistematik akan menyebabkan pencemaran dan bau pada alam sekitar serta menimbulkan tekanan pada masyarakat sekeliling dan pihak berkuasa. Cara yang terbaik untuk menghilangkan bau adalah dengan memberhentikan proses kereputan bahan organik oleh mikroorganisma perosak. MMO mengalakkan pembiakan mikrob baik dan penghasilan akan memberhentikan kehadiran microorganisma perosak dan seterusnya memberhentikan proses pengeluaran bau ,manakala proses pereputan bahan organik tersebut berjalan dengan lancar.MMO adalah cecair konsetrasi yang mengandungi mikrob yang mempunyai kebolehan menghalang bau dari terjadi .Jika kandang mempunyai sistem semburan larutan 1:1000 hendaklah digunakan setiap hari.

Aplikasi pada Kandang :

1. Kadar larutan tinggi iaitu 1:100 jika kawasan kandang lembab.
2. Semburan pada dinding, lantai dan siling.
3. Aplikasi hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
4. Kawasan kandang dan najis perlu disembur.

Kebersihan Ternakan:

Basuh ternakan mengikut jadual dengan MMO pada nisbah 1:1000 air. Ini amat baik untuk kulit, cacing kawalan kutu, kurap dan kesihatan ternakan malah dapat juga membersihkan kotoran pada badan ternakan.














Penggunaan MMO menghilangkan Bau dan Pembersihan Umum






Bau - bau busuk terhasil daripada aktiviti pesat mikroorganisma perosak serta merbahaya.Bakteria ini mengeluarkan toksin merbahaya seperti Ammonia,Hydrogen Sulfide,dan methane yang menyebabkan bau busuk.Dengan menggunakan MMO ia dapat mengawal perkembangan aktiviti tersebut melalui persaingan kompetitif sehingga keadan kembali pulih.

Contoh-contoh dimana ianya boleh digunakan :

1. Tandas Awam
2. Pasar Basah
3. Medan Selera
4. Pasar Malam

5. Longkang
6. Pusat Perlupusan Sisa Pepejal
7. Pusat Penyembelihan

8. Kedai/ Kilang/ Pusat Pengumpulan Getah
9. Logi kumbahan

10. Kandang Ternakan

Berikut adalah garis panduan umum yang boleh digunakan untuk aplikasi produk MMO bagi menangani masalah tertentu .kadar larutan mungkin berubah berdasarkan kepada keadaan tempat dan keperluaan.

Kadar Larutan ( pembersihan Bau dan Pembersihan Am)

Kadar larutan boleh diubah dari masa ke semasa dan kekerapan aplikasi boleh dipertingkat mengikut keperluan bagi keadaan- keadaan tertentu.Nisbah 1 MMO kepada beberapa bahagian air. ( Untuk mendapatkan keputusan yang baik ,pencairan hendaklah menggunakan air tanpa klorin)

Tahap Bau :

Tinggi 1:20
Sederhana 1:100
Rendah 1:1000

1. Larutkan MMO mengikut kadar larutan yang diperlukan
2. Masukkan larutan kedalam alat semburan .
3. Sembur sama rata pada keseluruhan kawasan atau tempat-tempat bermasalah.
4. Aplikasi pada peringkat awal iaitu tempoh perawatan perlulah lebih kerap atau nisbah larutan yang tinggi dan kemudian boleh dikurangkan semasa tempoh penyelenggaraan.Aplikasi berterusan diperlukan bagi menjamin hasil yang memuaskan .

Kebaikan MMO dalam Pertanian dan Ternakan


1. MMO menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman (ripening) dalam pertanian
2. MMO meningkatkan kapasiti fotosintesis tumbuh-tumbuhan
3. MMO menabahankan kebolehan bahan organik sebagai baja
4. MMO menambah ketahanan tumbuhan dari serangan serangga dan penyakit
5. MMO memperbaiki keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.
6. MMO mengurangkan kuman dan serangga perosak dari tanah.


Faedah MMO dalam Pertanian


1.
Kos. Bukan saja MMO murah tapi keperluan MMO berkurangan mengikut masa kerana mikrob akan membiak sendiri. MMO memperbaiki keadaan tanah dan apabila keadaan telah stabil untuk pembiakan mikrob, MMO hanya diperlukan sekali untuk mengekalkan tahap populasi mikrob.
2. Memerlukan bahan organik yang rendah. Bahan organik yang dihasilkan dari bahan lebihan tanaman, rumpai dan rumput mampu mengekalkan kesuburan tanah. Penggunaan bokashi sekali setiap musim juga mencukupi, dan bahan buangan tanaman boleh dicampur dengan bokashi, berbanding jika ia dibakar seperti biasa.
3. Mengurangkan tenaga buruh. Tanah yang ada MMO memerlukan ‘tillage’ (penggemburan) dan weeding (pembersihan) yg rendah. MMO menggalakan biota tanah, dan membentuk struktur yang mudah untuk tillage. Tetapi MMO boleh mendatangkan masalah dalam beberapa musim pertama. (Jika tanah kurang sihat)
4. MMO menghasilkan tanaman bermutu tinggi yang banyak.Hasil ini lebih baik, rasanya sedap dan jangka hayat di pasaran lebih lama. Ini boleh menambah pendapatan petani.
5. MMO membantu pertumbuhan berterusan. ‘Fallow’ (masa tiada penanaman) tidak diperlukan kerana MMO menggalakkan tanah yang subur. Tanaman pelbagaidapat menggantikan tanaman sejenis dalam kebanyakkan masa.
6. MMO mengurangkan penggunaan baja Kimia yang agak mahal. Penggunaan baja kimia akan menentang faedah MMO. Tanah akan hilang kesuburan flora dan fauna dan memusnahkan bahan organik. Tanah akan menjadi mandul dan tumbuhan akan hidup dalam suasana tidak kondusif. Penyakit dan makhluk perosak akan membiak dalam suasana sedemikian.
7. MMO memastikan pertumbuhan yg lebih cepat. Tanaman boleh di tuai lebih awal, lantas mengurangkan masa utk makhluk perosak dan penyakit menyerang tanaman.
8. MMO mencerna bahan organic dengan lebih cepat apabila ditabur dlm tanah.
9. MMO membantu pengeluaran nutrien kepada pokok dlm jumlah yang banyak.
10.MMO menghalang hanya serangga pemusnah dan makhluk perosak.
11. MMO menguatkan sistem pertahanan dalam tumbuhan dan haiwan.

Penggunaan MMO dalam Bidang Pertanian

Ini garis panduan umum penggunaan MMO dalam bidang pertanian.Bagi kegunaan khusus
yang mengambil kira jenis tanah / cuaca dan kesuburan tanah
.

Kebaikan dari MMO

1. Mampu mengawal serangga dan kulat.
2. Membantu pembentukkan ekologi tanah.
3. Tidak berbau dan mesra alam.
4. Tidak mengandungi bahan kimia.
5. Memperbaiki pengudaraan dan pertumbuhan akar.
6. Membaiki keadaan tanah yang keras akibat penggunaan bahan kimia atau tindakan alam sekitar
7. Menambah bilangan Organisma-organisma baik.
8. Kualiti terjamin.
9. Menghapuskan Organisma -organisma perosak.


Rawatan tanah

Cadangan Penggunaan MMO secara maksima pada kadar berikut:

Campurkan MMO pada sistem pengairan pada kadar 15liter MMO seekar.Ini boleh dilakukan
4-8 kali setahun bergantung pada keadaan cuaca.Jika tiada sistem pengairan MMO boleh terus
disembur terus kepermukaan tanah pada nisbah 1 : 500 air dan ditabur MMO Kompos pada kadar 100kg/ekar.

Menanam :

Siram biji benih pada nisbah 1 : 1000 campuran air.MMO boleh dicampur dengan baja organik yang lain semasa proses tersebut.

Rawatan Dedaun :

Larutkan MMO pada nisbah 1 : 500 air kedalam penyembur.Aplikasi semburan dilakukan sekali sehari diwaktu pagi atau pun petang bergantung pada keadaan dan tujuan.Anggaran 5liter/ekar MMO digunakan semasa rawatan.

Tanaman Pelindung :

Gunakan MMO untuk rawatan dedaun pada nisbah 1:500 air sebelum atau selepas tanaman sampingan ditanam pada tanah. Ini adalah penting untuk menambahkan khasiat dan pertumbuhan humus yang dihasilkan oleh tanaman pelindung.


MMO-Multipurpose MicroOrganisma


MMO adalah satu produk yang telah dihasilkan dan dikaji kesesuaian penggunaannya oleh pihak kami.Bahan asas kepada produk ini adalah dari teknologi EM yang dikembangkan semenjak 20 tahun oleh Dr.Teruo Higa.Dr Teruo Higa adalah seorang professor dari Universiti Ryukyus Okinawa Japan. Ianya mempunyai kombinasi mikroorganisma yang terdapat secara semula jadi yang kebiasaanya terdapat pada makanan .Ianya mempunyai 3 jenis kandungan utama iaitu 'Bakteria Phototropic' Bakteria Asid Organik Lastik dan Ragi.Microorganisma ini menghasilkan bahan-bahan berguna seperti Vitamin , Asid Organik,Mineral dan Antioxidan bila bertemu dengan bahan-bahan organik. MMO ( Multipurpose MicroOrganisma )Produk baru yang dapat menjimatkan wang pengguna.Diperbuat daripada tumbuhan tidak mengandungi bahan kimia sesuai untuk apa jua tanaman dan ternakan.