29 June, 2010

Pokok Bendi

Picture
PANDUAN MENANAM BENDI

PENGENALAN


Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah di tanam

dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh

dipelbagaigunakan seperti buahnya boleh dibuat ulam dan dimasak dengan pelbagai cara; kari, salad dan

digoreng. Buahnya juga boleh diproses iaitu ditinkan, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula

digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas

dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.

PENANAMAN


Bendi boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah

lembah sungai yang bersaliran baik.

PENYEDIAAN TANAH


Bajak dan gembur tanah sedalam 15 cm hingga 22 cm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam.

Sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar.

CARA-CARA MENANAM


Tanam biji benih sedalam 2.5 cm di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90

cm antara pokok. Selepas 2 minggu cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gram biji benih

diperlukan untuk satu batas berukuran 1.2m lebar dan 30 m panjang.

MEMBAJA


Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar tanah, 1 tan baja

diperlukan.

MENYIRAM


Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan

pembentukan buah.

MERUMPUT


Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label racun herba tersebut.

SUNGKUPAN


Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering ataupun kepingan plastik bagi mengawal rumpai dan untuk

mengekalkan kelembapan tanah.

MEMANGKAS


Setelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu di pangkas setinggi 40 cm hingga 60 cm dari paras tanah untuk

mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima tunas baru di biarkan menbesar selepas pemangkasan.

Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaan.

KAWALAN MUSUH DAN PENYAKIT


Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan

buah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga

seperti Diazinon.

Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada adaun-daun tua di mana daun-daun ini kelihatan

bertompok-tompok hatam dan berjelaga. Penyakit ini boleh di kawal dengan menyembur racun kulat Benomyl.

Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.

PENUAIAN


Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 cm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya

akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mut buah. Penuaian mula dilakukan ketika:

a. 50 hingga 55 hari selepas menanam

b. 5 hingga 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebungaan

c. Buah berukuran 10 hingga 12 cm panjang, iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya rapuh, senang

dipatahkan

dan belum berpulur.

Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya

pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah

yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil di anggarkan

10 tan hingga 15 tan sehektar.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI


Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan ditempat teduh dan dimasukkan kedalam bakul ( plastik atau buluh) yang

telah di alas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh di simpan selama 2 hingga 3 hari

tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu di percikkan supaya pengudaraan menjadi lembap. Buah-buah

yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 hari hingga 8 hari dalam keadaan suhu 24oC

hingga 26oC dan kelembapan bandingan 70 hingga 75 peratus.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.