29 June, 2010

MMO dalam Ternakan Haiwan,







Operasi ternakan haiwan jika tidak diselengara dengan sistematik akan menyebabkan pencemaran dan bau pada alam sekitar serta menimbulkan tekanan pada masyarakat sekeliling dan pihak berkuasa. Cara yang terbaik untuk menghilangkan bau adalah dengan memberhentikan proses kereputan bahan organik oleh mikroorganisma perosak. MMO mengalakkan pembiakan mikrob baik dan penghasilan akan memberhentikan kehadiran microorganisma perosak dan seterusnya memberhentikan proses pengeluaran bau ,manakala proses pereputan bahan organik tersebut berjalan dengan lancar.MMO adalah cecair konsetrasi yang mengandungi mikrob yang mempunyai kebolehan menghalang bau dari terjadi .Jika kandang mempunyai sistem semburan larutan 1:1000 hendaklah digunakan setiap hari.

Aplikasi pada Kandang :

1. Kadar larutan tinggi iaitu 1:100 jika kawasan kandang lembab.
2. Semburan pada dinding, lantai dan siling.
3. Aplikasi hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
4. Kawasan kandang dan najis perlu disembur.

Kebersihan Ternakan:

Basuh ternakan mengikut jadual dengan MMO pada nisbah 1:1000 air. Ini amat baik untuk kulit, cacing kawalan kutu, kurap dan kesihatan ternakan malah dapat juga membersihkan kotoran pada badan ternakan.














No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.