29 June, 2010

Penggunaan MMO menghilangkan Bau dan Pembersihan Umum






Bau - bau busuk terhasil daripada aktiviti pesat mikroorganisma perosak serta merbahaya.Bakteria ini mengeluarkan toksin merbahaya seperti Ammonia,Hydrogen Sulfide,dan methane yang menyebabkan bau busuk.Dengan menggunakan MMO ia dapat mengawal perkembangan aktiviti tersebut melalui persaingan kompetitif sehingga keadan kembali pulih.

Contoh-contoh dimana ianya boleh digunakan :

1. Tandas Awam
2. Pasar Basah
3. Medan Selera
4. Pasar Malam

5. Longkang
6. Pusat Perlupusan Sisa Pepejal
7. Pusat Penyembelihan

8. Kedai/ Kilang/ Pusat Pengumpulan Getah
9. Logi kumbahan

10. Kandang Ternakan

Berikut adalah garis panduan umum yang boleh digunakan untuk aplikasi produk MMO bagi menangani masalah tertentu .kadar larutan mungkin berubah berdasarkan kepada keadaan tempat dan keperluaan.

Kadar Larutan ( pembersihan Bau dan Pembersihan Am)

Kadar larutan boleh diubah dari masa ke semasa dan kekerapan aplikasi boleh dipertingkat mengikut keperluan bagi keadaan- keadaan tertentu.Nisbah 1 MMO kepada beberapa bahagian air. ( Untuk mendapatkan keputusan yang baik ,pencairan hendaklah menggunakan air tanpa klorin)

Tahap Bau :

Tinggi 1:20
Sederhana 1:100
Rendah 1:1000

1. Larutkan MMO mengikut kadar larutan yang diperlukan
2. Masukkan larutan kedalam alat semburan .
3. Sembur sama rata pada keseluruhan kawasan atau tempat-tempat bermasalah.
4. Aplikasi pada peringkat awal iaitu tempoh perawatan perlulah lebih kerap atau nisbah larutan yang tinggi dan kemudian boleh dikurangkan semasa tempoh penyelenggaraan.Aplikasi berterusan diperlukan bagi menjamin hasil yang memuaskan .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.