1. MMO menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman (ripening) dalam pertanian
2. MMO meningkatkan kapasiti fotosintesis tumbuh-tumbuhan
3. MMO menabahankan kebolehan bahan organik sebagai baja
4. MMO menambah ketahanan tumbuhan dari serangan serangga dan penyakit
5. MMO memperbaiki keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.
6. MMO mengurangkan kuman dan serangga perosak dari tanah.
Faedah MMO dalam Pertanian
1. Kos. Bukan saja MMO murah tapi keperluan MMO berkurangan mengikut masa kerana mikrob akan membiak sendiri. MMO memperbaiki keadaan tanah dan apabila keadaan telah stabil untuk pembiakan mikrob, MMO hanya diperlukan sekali untuk mengekalkan tahap populasi mikrob.
2. Memerlukan bahan organik yang rendah. Bahan organik yang dihasilkan dari bahan lebihan tanaman, rumpai dan rumput mampu mengekalkan kesuburan tanah. Penggunaan bokashi sekali setiap musim juga mencukupi, dan bahan buangan tanaman boleh dicampur dengan bokashi, berbanding jika ia dibakar seperti biasa.
3. Mengurangkan tenaga buruh. Tanah yang ada MMO memerlukan ‘tillage’ (penggemburan) dan weeding (pembersihan) yg rendah. MMO menggalakan biota tanah, dan membentuk struktur yang mudah untuk tillage. Tetapi MMO boleh mendatangkan masalah dalam beberapa musim pertama. (Jika tanah kurang sihat)
4. MMO menghasilkan tanaman bermutu tinggi yang banyak.Hasil ini lebih baik, rasanya sedap dan jangka hayat di pasaran lebih lama. Ini boleh menambah pendapatan petani.
5. MMO membantu pertumbuhan berterusan. ‘Fallow’ (masa tiada penanaman) tidak diperlukan kerana MMO menggalakkan tanah yang subur. Tanaman pelbagaidapat menggantikan tanaman sejenis dalam kebanyakkan masa.
6. MMO mengurangkan penggunaan baja Kimia yang agak mahal. Penggunaan baja kimia akan menentang faedah MMO. Tanah akan hilang kesuburan flora dan fauna dan memusnahkan bahan organik. Tanah akan menjadi mandul dan tumbuhan akan hidup dalam suasana tidak kondusif. Penyakit dan makhluk perosak akan membiak dalam suasana sedemikian.
7. MMO memastikan pertumbuhan yg lebih cepat. Tanaman boleh di tuai lebih awal, lantas mengurangkan masa utk makhluk perosak dan penyakit menyerang tanaman.
8. MMO mencerna bahan organic dengan lebih cepat apabila ditabur dlm tanah.
9. MMO membantu pengeluaran nutrien kepada pokok dlm jumlah yang banyak.
10.MMO menghalang hanya serangga pemusnah dan makhluk perosak.
11. MMO menguatkan sistem pertahanan dalam tumbuhan dan haiwan.
Penggunaan MMO dalam Bidang Pertanian
Ini garis panduan umum penggunaan MMO dalam bidang pertanian.Bagi kegunaan khusus
yang mengambil kira jenis tanah / cuaca dan kesuburan tanah.
Kebaikan dari MMO
1. Mampu mengawal serangga dan kulat.
2. Membantu pembentukkan ekologi tanah.
3. Tidak berbau dan mesra alam.
4. Tidak mengandungi bahan kimia.
5. Memperbaiki pengudaraan dan pertumbuhan akar.
6. Membaiki keadaan tanah yang keras akibat penggunaan bahan kimia atau tindakan alam sekitar
7. Menambah bilangan Organisma-organisma baik.
8. Kualiti terjamin.
9. Menghapuskan Organisma -organisma perosak.
Rawatan tanah
Cadangan Penggunaan MMO secara maksima pada kadar berikut:
Campurkan MMO pada sistem pengairan pada kadar 15liter MMO seekar.Ini boleh dilakukan
4-8 kali setahun bergantung pada keadaan cuaca.Jika tiada sistem pengairan MMO boleh terus
disembur terus kepermukaan tanah pada nisbah 1 : 500 air dan ditabur MMO Kompos pada kadar 100kg/ekar.
Menanam :
Siram biji benih pada nisbah 1 : 1000 campuran air.MMO boleh dicampur dengan baja organik yang lain semasa proses tersebut.
Rawatan Dedaun :
Larutkan MMO pada nisbah 1 : 500 air kedalam penyembur.Aplikasi semburan dilakukan sekali sehari diwaktu pagi atau pun petang bergantung pada keadaan dan tujuan.Anggaran 5liter/ekar MMO digunakan semasa rawatan.
Tanaman Pelindung :
Gunakan MMO untuk rawatan dedaun pada nisbah 1:500 air sebelum atau selepas tanaman sampingan ditanam pada tanah. Ini adalah penting untuk menambahkan khasiat dan pertumbuhan humus yang dihasilkan oleh tanaman pelindung.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.