29 June, 2010

MMO dalam Sistem Kandang dan Sistem Takungan




Untuk sistem longkang ,basah kan lantai kandang dengan larutan MMO mengikut luas kawasan kandang seperti yang dicadang pada kadar 1:200. Kering kan longkang setiap 6 bulan dan basahkan kandang kosong dengan MMO pada nisbah 1:50 sebelum operasi.

2. Bagi sistem kolam takungan gunakan MMO pada nisbah 1:1000 sekurang-kurangnya 3 kali seminggu semasa tempoh perawatan selama sebulan ( untuk mengalakkan pembiakan bakteria berguna dalam kolam dan menghalang daripada kehadiran mikroorganisma perosak yang menyebabkan bau busuk ) dan pada nisbah 1:2000 sekurang-kurangnya 1 kali seminggu sebagai penyelengaraan berterusan.


Cara penggunaan untuk Parit dan Kolam Takungan:

Jumlah / isipadu liter
5000

10,000
20,000
40,000
80,000
100,000
200,000



Aplikasi Petama MMO ( 1 Bulan )

5 liter
10 liter
20 liter
40 liter
80 liter
100 liter
200 liter


Penyelengaraan bulanan ( sekali seminggu )

1 liter
2 liter
4 liter
8 liter
16 liter
20 liter
40 liter


Aplikasi pada Kolam Takungan :

1. Kadar larutan 1:1000 berpandu pada jumlah kapasiti kolam takungan.
2. Aplikasi hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu


Sistem Semburan :

1. Jika kandang mempunyai sistem semburan bagi tujuan penyejukan, MMO boleh digunakan pada nisbah 1:1000.Gunakan larutan setiap 10 saat.
2. Sebelum menggunakan sistem tersebut pastikan alatan tersebut tidak tersumbat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.