08 July, 2010

Tanaman Serai Makan

SERAI MAKAN

Serai makan adalah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea.Terdapat 2 spesis serai makan yang dikenali umum iaitu Lemongrass (Cymbopogon Citratus) dan (Cymbopogon Flexus).Spesis C.Citratus tersebar luas pada kawasan beriklim tropika termasuk Malaysia,manakala Cymbopogon Flexus lebih tertumpu dikawasan Malabar India.Negara-negara utama yang menanam serai makan secara kormesil seperti Brazil,India,China dan Guatemala.
Cymbopogon citratus (habit). Location: Midway ...


Di Malaysia khususnya ,serai makan banyak ditanam sebagai perisa pada masakan.Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daunyang lebat.Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rinzom.Batang berwarna putih keunguan atau kemerahan.Daunnya tirus ,melampai,panjangnya 60-100cm dan lebar 1.0 - 1.5 cm.Ia berwarna hijau muda dan kesat dengan urat yang selari.Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.
Cymbopogon citratus

Khasiat serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti rendang,tomyam,kerabu,masak lemak cili padi dan asam pedas.Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera. Di setengah negara serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati.Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau lemon.Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan terutamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide.Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah 65% hingga 85%.Sebatian-sebatian lain yang mempunyai lebih rendah peratusannya termasuk linalol,geraniol,citronellal,citronellol,farnesal,limonene,dan nerol.Minyak pati serai makan digunakan sebagai pewangi sabun ,bahan pencuci,syampu,dan produk lain.
Cymbopogon citratus (base). Location: Midway A...
Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.