26 July, 2010

Mengenali Tanda Kekurangan Nutrien Makro Pada Tanaman Monokot Dan Dikot

Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari ,karbon dioksida,air dan zat makana (nutrien) untuk pembesaran.Terdapat berbagai-bagai jenis nutrien didalam tisu tanaman tetapi hanya 16 jenis nutrien sahaja yang penting bagi pertumbuhan dan pengeluaran hasil.Nutrien ini boleh dibahagikan kepada nutrien makro dan mikro.

Nutrien Makro terdiri daripada karbon,hidrogen,oksigen,nitrogen,fosforas,kalium,kalsium,maknesium dan sulfur. Nutrien Mikro pula terdiri daripada ferum,zink,mangan,kuperam,boron,molibdenum dan klorin.
Kekurangan nutrien karbon ,oksigen,hidrogen tidak berlaku pada tanaman keran nutrien ini mudah didapati oleh tumbuh-tumbuhan dari udara dan air.Nutrien Makro yang berkemungkinan kurang pada tanaman ialah nitrigen,fosforas, kalium,kalsium,maknesium dan sulfur.

Kekurangan nutrien makro memberi kesan kepada seluruh bahagian pokok dan tanda-tanda kekurangan nya mudah dan jelas dilihat pada bahagian daun.Kekurangan nutrien makro selalunya menyebabkan perubahan bentuk dan warna pada daun-daun taanaman.Pada peringkat awal selalunya seluruh atau beberapa bahagian permukaan daun akan berubah warna dari hijau kepada kekuningan (klorosis)dan seterusnya menjadi kering dan mati(nekrosis bila keadaan teruk.




Zigarollos-Makro



Makro 0004
Bingkisan ini bertujuan memberi Panduan mengenali tanda-tanda kekurangan pada tanaman dikot dan monokot.Tanda-tanda yang sama akan kelihatan jika berlaku kekurangan pada tanaman lain.

Tanda-Tanda KeKurangan Zat Makanan Makro Pada Tanaman Dikot (Getah)

Nitrogen
Kekurangan nutrien nitrogen akan membantutkan pertumbuhan pokok dan mengurangkan saiz kanopi tanaman getah.Tanda-tanda kekurangan mula terjadi pada daun tua,terutamanya pada daun yang terdedah pada cahaya matahari.Warna daun akan berubah dari hijau pucat kepada kekuningan .Dalam keadaan yang teruk tanda-tanda kekurangan juga akan berlaku pada daun-daun muda.

Fosforas
Kekurangan Fosforas akan menyebabkan bahagian bawah daun getah berubah warna dari hijau kepada kuning gangsa ,bermula dibahagian hujung daun dan seterusnya merebak keseluruh bahagian daun.Perubahan warna ini terjadi pada daun sederhana tua dan muda dan lebih jelas pada daun-daun yang terdedah pada cahaya matahari.Kekurangan fosforas juga akan menyebabkan keguguran daun getah.

Kalium
Pada daun getah ,tanda-tanda kekurangan kalium selalunya terjadi pada daun tua yang terdedah pada cahaya matahari.Dalam keadaan yang teruk ,tanda-tanda kekurangan juga akan terjadi pada daun sederhana tua .Daun-daun ini akan menunjukkan tanda klorosis dibahagian hujung daun dan tepi daun dan seterusnya tanda-tanda nekrosis akan terbentuk.

Kalsium
Kekurangan kalsium akan memberi kesan pada daun muda dan bahagian pucuk tanaman getah.Hujung dan tepi daun akan menunjukkan tanda-tanda lecur berwarna putih ke coklat cerah.Keadan yang teruk akan menyebabkan mati rosot pada bahagian pucuk.

Magnesium
Pada daun getah bahagian di antara urat-urat daun bermula dari bahagian tepi daun menjadi kekunungan apabila mengalami kekurangan magnesium.tanda-tanda ini terjadi pada daun tua dan bermula pada daun-daun yasng terdedah pada cahaya matahari.Tanda kekurangan magnesium ini juga dikenali sebagai "Herring-bone pattern".

Sulfur
Tanda kekurangan Sulfur pada daun adalah serupa seperti tanda-tanda Nitrogen.Perbezaanya ialah kekurangan sulfur selalunya pada daun muda.Pada daun getah,tanda klorisis dan nekrosis bermula dibahagian hujung dan tepi daun seterusnya merebak kebahagian tengah daun.Seluruh bahagian daun seterusnya akan bertukar kepada coklat kekuningan dan akhirnya kering.

Tanda-tanda Kekurangan Zat Makanan Makro Pada Tanaman Monokot ( Jagung / Padi)


Nitrogen
Kekurangan Nitrogen pada tanaman jagung akan menyebabkan pertumbuhan tanaman terencat dan berwarna kekuningan (klorosis).Ini diikuti oleh tanda -tanda nekrosis,bermula dari hujung daun.Tanda-tanda ini akan merebak kebahagian tulang daun dan seterusnya kesemua bahagian daun.Daun-daun ini akan berubah warna menjadi colkat dan berakhir kering.

Fosforas
Pertumbuhan tanaman jagung akan terbantut dengan kekurangan Forforas.Bahagian tepi atau seluruh permukaan daun tua akan berubah warna menjadi ungu.

Kalium
Tanda-tanda kekurangan Kalium pada tanaman jagung terjadi pada daun tua.Tanda-tanda kekuningan (Klorosis) mula terjadi pada bahagian hujung daun dan tepi daun dan seterusnya merebak ke bahagian tengah daun.Dalam keadaan yang teruk, tanda-tanda Nekrosis akan terjadi dibahagian hujung dan tepi daun. 

Kalsium
Kekurangan Kalsium pada tanaman menghalang pengeluaran pucuk dan pembukaan daun muda dari gulungannya.Pada tanaman padi ,daun muda akan berubah warna menjadi kekuningan dan hujung-hujung daun akan mati.

Magnesium
Kekurangan Magnesium pada tanaman jagung akan menunjukkan tanda-tanda Klorosis diantara urat-urat daun dan urat daun kekal berwarna hijau.Tanda-tanda ini terjadi pada daun tuan dan paada peringkat seterusnya dan berakhir bertukar menjadi coklat dan kering.


Sulfur
Kekurangan Sulfur menyebabkan pertumbuhan terbantut dan batangnya akan mejadi kecil dan tirus.Seluruh permukaan daun berubah warna menjadi kekuningan dan tanda ini serupa kekurangan Nitrogen.Berbeza dengan kekurangan Nitrogen tanda kekurangan Sulfur bermula pada daun muda.










No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.