30 July, 2010

Cendawan Tiram

Pengenalan

Cendawan adalah sejenis kulat yang boleh dibahagikan kepada 2 jenis beracun ( tidak boleh dimakan) dan jenis yang tidak beracun(boleh dimakan).Cendawan segar telah lama dijadikan bahan makanan yang boleh menambahkan rasa masakan.Secara amnya ia mengandungi protin yang tinggi dari sayuran hijau yang lain.Ia jiga mengandungi karbohidrat,serat dan vitamin yang tinggi serta kandungan lemak yang rendah.

Cendawan segar boleh tumbuh secara liar dan juga boleh ditanam menggunakan media penanaman seperti habuk kayu dan kapas.Penanaman cendawan segar mempunyai potensi ekonomi yang tinggi.Beberapa jenis cendawan didapati sesuai ditanam dimalaysia  antara nya ialah cendawan tiram atau nama saintifiknya ialah Pleurotus sp.Terdapat tiga jenis cendawan tiram yang biasa ditanam dikawasan rendah iaitu :-


a. Tiram Putih ( Pleurotus Florida)
b. Tiram Kelabu (Pleurotus sajor-caju)
c. Tiram Abalone ( Pleurotus Cystidiousus)

                                             
 

                                 Tiram Putih ( Pleurotus Florida )


                                Tiram Kelabu ( Pleurotus Sajor-Caju )

                                Tiram Abalone ( Pleurotus Cystidiousus )


Cendawan jenis ini boleh ditanam di atas bahan-bahan sisa buangan seperti habuk kayu getah,rerami padi, hampas dan lain-lain lagi dalam rumah cendawan.
  
Khasiat Pemakanan Cendawan  Tiram Kelabu  ( 100gm berat basah )

Pecahan Zat Makanan           Kandungan

1. Tenaga                                     37 Kcal
2. Air                                            89.2 gm
3. Protin                                       3.6 gm
4. Lemak                                     0.7 gm
5. Kabohidrat                              4.1 gm
6. Serat                                       1.8 gm
7. Kalsium                                  2 mg
8. Fosforus                                 88 mg
9. Zat Besi                                 1 mg
10. Natrium                               6 mg
11. Kalium                                 195 mg
12. Vitamin B 1                         0.03 mg
13. Vitamin B 2                         0.45 mg
14. Niasin                                  1.9 mg
15. Vitamin C                            9.4 mg

Keperluan Dan Pengurusan Penanaman Cendawan

Kejayaan penanaman cendawan tiram bergantung kepada beberapa faktor persekitaran yang penting seperti jenis substrat,suhu,kelembapan ,cahaya,pengudaraan dan sebagainya.Pencapaian yang baik dalam bidang perusahaan ini bergantung kepada amalan pengusaha mengikut perkara-perkara seperti berikut.

 1.Pembinaan Rumah Cendawan

( a.)Pembinaan rumah cendawan yang baru dan spesifik tidak diperlukan.Adalah lebih ekonomik jika menggunkan ruang-ruang yang sedia ada dan hanya menambah rak-rak dan dibuat sedikit pengubahsuaian seperti memasang jaring di dinding untuk mengelakan serangan makhluk perosak dan memasang paip air supaya mudah membuat penyiraman.
( b.)Bahan-bahan yang baru juga tidak diperlukan, memadai dengan menggunakan bahan-bahan terpakai  dan bahan-bahan yang sedia ada.
( c.)Untuk kemudahan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sebaik-baiknya rumah cendawan mempunyai 3 ruang.
i. Ruang penyediaan - iaitu tempat untuk membancuh habuk kayu,mengisi beg cendawandan mengukus.
ii. Bilik suntik - ruang khas untuk menyuntik benih.
iii. Ruang beg cendawan - ruang ini terbahagi dua iaitu satu ruang untuk pertumbuhan maisiliam ( pengeraman) dan satu ruang lagi untuk beg-beg cendawan mengeluarkan hasil.
( d.) Ruang saiz 4.5m x 4.5m boleh memuatkan lebih kurang 2000 beg cendawan.
( e.) Lebar rak cendawan ialah lebih kurang 20 - 30 cm mengikut panjang beg cendawan dan panjang rak bergantung kepada keluasan rumah cendawan.
( f.) Tinggi rak ialah 1.8m dan jarak antara tingkat rak sebaik-baiknya 50cm.
( g.) Ruang rak seluas 0.5m x 1.2m boleh memuatkan 36-40 beg cendawan.
( h. ) Jarak antara rak ialah 1-1.5m supaya mudah menjalankan kerja penjagaan dan memungut hasil.

2.Penyediaan Beg Cendawan

Beg cendawan perlu di sediakan sebagai media tempat maisiliam cendawan tumbuh. Bahan-bahan yang digunakan ialah habuk kayu getah ,dedak halus,kapur pertanian dan air.Selain dari bahan-bahan di atas ,peralatan yang digunakan juga adalah seperti beg plastik ( saiz 8.5 X 35 cm,tahan panas),leher dan tutup beg,kapas, penyodok besar dan penyodok kecil.

                          Cara-cara penyediaan beg cendawan adalah seperti berikut :-

( a )  Gaulkan habuk kayu getah , dedak dan kapur pertanian pada kadar 100 : 10 : 1 mengikut berat.
( b )  Siram air sehingga habuk kayu  tidak berderai apabila dikepal.
( c )  Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.
( d )  Pasangkan leher dan tutup ( penutup disumbat dengan sedikit kapas ).
( e )  Teruskan kerja (a),(b),(c),dan (d) sehingga habis habuk kayu getah yang telah dibancuh.

3.Pengukusan Beg Cendawan

Selepas penyediaan beg cendawan ,pengukusan perlu dijalankan untuk membunuh segala organisma yang terdapat di dalam habuk kayu dan juga bertujuan untuk mengelakkan pencemaran . Peralatan yang diperlukan adalah tong dram, set dapur gas, pelapik dan tutup tong dram.

                     Cara-cara untuk pengukusan beg cendawan adalah seperti berikut :-

( a )  Letakkan lapik setinggi 12cm kedalam tong dram.
( b )  Isikan air ke dalam tong dram sama paras dengan tinggi pelapik.
( c )  Susunkan beg-beg cendawan secara menegak ke dalam tong dram dan tutup rapat.
( d )  Kukus selama 5 - 6 jam.
( e )  Keluarkan beg-beg cendawan dari tong dram dan sejukkan selama 2 malam.

4.Pemilihan Benih Cendawan

Faktor-faktor yang perlu diberi perhatian untuk memilih benih cendawan adalah seperti berikut :-

( a )  Pilih Jenis benih cendawan yang dikehendaki dengan betul.
( b )  Maisiliam benih cendawan yang baik kelihatan putih seperti kapas.
( c )  Pilih benih yang pertumbuahan maisiliamnya penuh hingga ke bawah botol benih.
( d )  Jangan gunakna benih yang berwarna perang dan mengeluarkan cairan seperti minyak kerana benih-benih ini telah tua dan tidak aktif.
( e )  Jangan gunakan benih yang telah dicemari oleh kulat berwarna hijau,kuning dan hitam.
( f  )  Jangan pilih benih yang berbau masam dan berulat.


5. Penyuntikan Benih

Selepas pengukusan beg cendawan dan pemilihan benih telah dilakukan ,kerja yang mesti dijalankan ialah penyuntikan benih didalam bilik khas yang bersih supaya tidak berlaku pencemaran .Bahan/peralatan yang diperlukan ialah benih cendawan,pencungkil besi/kayu,lampi spirit,pen marker dan mancis api.

                  Cara-cara untuk penyuntikan benih adalah seperti berikut :-

( a )  Pilih benih yang baik iaitu benih yang berwarna putih bersih.
( b )  Panaskan  ( layur ) pencungkil besi di atas api untuk membunuh semua organisma yang boleh menyebabkan pencemaran.
( c )  Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil yang telah dilayur tadi.
( d )  Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan anggaran sebanyak satu sudu besar.
( e )  Layurkan tutp mulut beg cendawan dan pasangkan kembali pada beg cendawan.
( f )  Catakan tarikh suntik benih dan jenis cendawan pada beg cendawan.
( g )  Eramkan beg cendawan selama 30-35 hari sehingga maisiliam cendawan memenuhi beg.Suhu 28C - 30C adalah yang paling sesuai dalam proses pengeraman ini.Pengeraman beg-beg cendwan diletakkan di ruang yang sejuk dan berasingan.


6.Penjagaan Beg Dan Keadaan Rumah Cendawan Yang Sesuai Untuk Pertumbuhan Cendawan Yang Baik

( a ) Beg-beg yang telah disuntik ditempatkan disatu ruangan khas untuk proses pengeraman sebelum dialihkan ke rumah cendawan.
( b ) Keadaan suhu antara ada 28C - 30C adalah sesuai bagi pertumbuhan maisiliam semasa pengeraman.
( c ) Suhu dalam rumah cendawan yang sesuai untuk pertumbuhan cendawan ialah 30C - 32C.
( d ) Kelembapan bandingan udara yang diperlukan  di dalam rumah cendawan ialah 80 - 90%.
( e ) Untuk mendapatkan suhu rendah dan kelembapan  yang diperlukan,rumah cendawan hendaklah disiram 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.Siraman elok dilakukan di dinding ,lantai dan jika perlu ke arah bumbung.
( f ) Buang dan musnahkan beg-beg cendawan yang telah tercemar iaitu beg-beg yang berwarna kuning jingga dan hitam kehijauan serta beg-beg yang telah dimasuki oleh serangga dan berulat.
( g ) Keluarkan beg-beg yang telah tua dan tidak ekonomik dari rumah cendawan.Beg-beg ini boleh dikitar semula sebagai baja kompas tanaman.
( h ) Bersihkan persekitaran rumah cendawan dari rumpai dan sampah sarap.
( i ) Banyakan menanam pokok-pokok rendang disekeliling rumah cendawan untuk mendapatkan suasana redup dengan suhu yang rendah.
( j ) Pengudaraan yang baik adalah diperlukan untuk pertumbuhan cendawan yang subur.
( k ) Rumah cendawan hanya memerlukan cahaya yang lemah dan serata.Pancaran cahaya matahari yang terus kedalam rumah cendawan akan membantutkan pertumbuahan cendawan.

7.Memungut hasil

Selepas penyuntikan benih ,kerja yang selanjutnya aialah memungut hasil.Cara-cara memungut hasil adalah seperti berikut :-

( a ) Setelah maisiliam memenuhi beg cendawan ,pindahkan dan susun beg secara rebah diatas rak didalam rumah cendawan.Suhu yang sesuai didalam rumah cendawan ialah 30C - 32C dengan kelembapan  bandingan  bandingan 80% - 90%.
( b ) Buka mulut beg cendawan dan tunggu hasil pertama kuar ( 3 - 5 hari selepas penutup beg dibuka).
( c ) Sembur air di dinding, lantai dan beg-beg cendawan pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan dan merendah kan suhu.
(d ) Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum bahagian tepi kelilingnya menjadi berombak dan pecah.
( e ) Tutup kembali mulut beg cendawan dan rehatkan beg tersebut selama 7-10 hari sebelum dibuka semula untuk pengeluaran hasil berikut.

Kutipan hasil pertama cendawan ialah antara 40-60 hari selepas menyuntik benih .Kutipan berikutnya pula adalah selepas 10-14 hari beg direhatkan .Sekali kutipan hasil boleh mencapaijumlah sebanyak 60-80 beg g/beg dan satu beg cendawan boleh memberikan 5-6 kali hasil kutipan untuk selama 3-4 bualan . Cendawan yang telah dipetik boleh disimpan dalam peti sejuk pada suhu 5C - 10C selama 2-3 hari.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.