Pengenalan
Pengeluran sayur-sayuran menggunakan kaedah buasa di kawasan terbuka menhadapi risiko tinggi terhadap kehadiran maklhuk perosak dan kejadian penyakit.Kini penyelidikan menunjukan teknologi penanaman sayur -sayuran di bawah struktur pelindungan (SPH ) adalah sesuai dan berdaya maju untuk menghasilkan sayur-sayuran jenis hawa sederhana yang bermutu dikawasan tanah tinggi dan rendah.
Struktur Pelindungan Hujan (SPH) untuk tujuan penanaman sayur-sayuran pada dasarnya ialah untuk berbumbung plastik yang diperkuatkan dengan pemasangan rangka struktur diperbuat sama ada daripada kayu , besi , tau pun barangan logam yang difikirkan sesuai dan murah. Keberkesanan pelindung hujan selalunya dipertingkatkan dengan memasang jaring kalis serangga sebagai dinding.Pada amnya SPH digunkan untuk pengeluaran sayur-sayuran yang bernilai tinggi disebabkan kos pembinaan struktur yang tinggi.
Jenis Bentuk dan Kos Struktur Pelindungan Hujan (SPH)
Terdapat dua jenis SPH yang biasa digunakan di Malaysia iaitu :
1. Bentuk Mata Gergaji
2. Bentuk Terowong
Bentuk Gergaji
Bentuk bumbung menyerupai mata gergaji diperbuat daripada kayu beruti dan pemasangan dinding kalis serangga ( monofilm 600mesh diperbuat daripada plastik)bergantung kepada keupayaan kewangan.Kos untuk sebuah struktur ,berukuran 60 meter panjang dan 10 meter lebar dan jaring kalis serangga ialah dalam linkungan RM 9,000.
Bentuk Terowong
Rangka diperbuat daripada besi atau bahan yang mudah dilentur dimana bentuk akhirnya seakan terowong.Bahan yang selalu digunakan ialah "galvanised iron".Buluh boleh digunakan tetapi jangka hayat penggunaannya tidak lama dan mudah rebah akibat tiupan angin yang kuat.Penggunaan "galvanised iron" memerlukan pelaburan jangka masa panjang.Harga untuk sebuah SPH berbentuk terowng yang berukuran 60 meter panjang dan 10 meter lebar ialah dalam lingkungan RM25,000,termasuk jaring kalis serangga.
Faedah Penggunaan SPH
1. Perlindungan dari terkena hembapan hujan lebat
Hujan lebat mengakibatkan kerosakan fizikal dan fisiologikal terhadap sayur-sayuran yang ditanam secara terbuka .Dengan penggunaan SPH masalah ini dapat diatasi .Jesteru itu, Penghasilan sayur akan lebih terjamin kualitinya lebih baik dan seragam.
2. Pengurangan terikan pancaran sinar matahari
Sayur-sayuran beriklim sederhana tidak tahan kepada pancaran sinaran matahari yang terik dan berterusan .Mereka memerlukan 20% - 30% teduhan untuk pertumbuhan dan seterusnya memberikan hasil yang optimum dan berkualiti tinggi.
3. Pengawalan penyakit dan serangga
Pelindungan hujan dapat memberikan keberkesanan penggunaan racun serangga dan racun kawalan penyakit kerana keadaan lembapan sekeliling dapat dikawal.Ini akan mengurangkan kos penggunaan racun.
4.Pengawalan Rumpai
Dibawah SPH ,kelembapan tanah yang berlebihan akibat hujan dapat dihindarkan.Ini disebabkan penggunaan sistem pengairan yang terkawal dengan hanya memberikan kelembapan yang optimun untuk pertumbuhan sayur-sayuran yang diusahakan sahaja.Dengan ini masalah pengawalan rumpai dan kos mengawalnya dapat dikurangkan.
5.Sisabaki Racun Perosak Yang Rendah
Dengan penggunaan racun perosak yang lebih berkesan,kandungan sisa baki yang terdapat dalam sayur-sayuran dapat dikurangkan.Dengan ini masalah sisa baki racun juga dikurangkan.
6.Pengurusan Dan Penggunaan Tenaga Kerja Yang Berkesan
Buruh dapat digunakan pada bila-bila masa tanpa sebarang alasan .Kerja-kerja yang sudah dirancang dapat dijalankan walaupun dimasa hujan. Dengan ini kos buruh akan lebih efisien.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.