31 July, 2010

Simenfero Untuk Senitaman

Pendahuluan

Dalam bidang senitaman atau landskap,bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu rekabentuk senitaman boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu 'Softscape' dan 'Hardscape'.

'Softscape' merupakan bahan-bahan hidup seperti pokok-pokok hiasan ,pokok bunga-bungaan dan rumput-rampai yang disusun-atur mengikut sesuatu plan rekabentuk.




'Hardscape' pula merupakan binaan yang dugunakan sebagai tambahan atau kombinasi kepada 'Softscape' bagi memberi kesan yang lebih menarik keatas sesuatu taman rekreasi.Diatara contoh 'hardscape ' dalam sebuah taman ialah batu-bataan, jejambat,pagar dan ukiran patung.

Bagi membina sturktur 'Hardscape',teknologi simenfero diperkenalkan dan banyak digunakan dalam pembangunan taman rekreasi.Melalui kaedah ini ,sesuatu rekabentuk 'Harpscape' dapat dibentuk dan dibina dengan mudah di samping kosnya rendah.

                      

SIMENFERO
Simenfero merupakan sejenis struktur binaan yang tersendiri daripada motar ( campuran pasir ,simen dan air) yang dilepa nipis pada jejaring dawai keluli.Oleh itu pada asasnya istilah simenfero bermaksud kombinasi bahan ferus (besi) dan simen.
Mengikut  sejarah simenfero telah dipelopori oleh Joseph Louis ,seorang berbangsa Perancis pada tahun 1848 dan telah dipatenkan pada tahun 1852.Beliau telah membina beberapa struktur seperti sampan-dayung,pasu bunga dan bangku dari sejenis bahan yang dipanggil 'Ferciment'.Teknologi ini kemudiaannya telah dikembangkan oleh Professor Nervi.
Teknologi simenfero seterusnya telah berkembang ke negara-negara lain seperti Russia,India,Tibet,Afrika,Australia,New Zealand dan Asia.Di tempat-tempat di mana kayu-kayan sukar diperolehi atau berkurangan ,teknologi ini telah digunakan untuk membina struktur-struktur pelindungan seperti rumah kediaman dan struktur-struktur ladang.

Di Australia ,bangunan Sydney Opera House telah dibina dengan menggunakan simenfero.Di Indonesia dan India pula , stesen keretapi dan masjid turut dibina menggunakan teknologi ini. Di Italy ,tentera lautnya pernah membina kapal perang dengan teknologi simenfero sewaktu perang dunia kedua.

Di Malaysia, FIN Malaysia ( Ferrocement Information Network yang berpusat di Universiti Pertanian Malaysia adalah institusi yang bertanggungjawap memperkenalkan dan memperkembangkan teknologi ini sejak tahun 1979.

Kelebihan Simenfero
Banyak struktur 'Hardscape' sesuatu senitaman dibina menggunakan teknologi simenfero kerana ianya mudah dibentuk.Selain daripada itu struktur simenfero juga tahan terdedah kepada hujan dan panas,mempunyai daya aliran haba yang rendah,kukuh,mudah diperbaiki dan tidak memerlukan peralatan yang canggih untuk kerja-kerja pembinaan.Bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan struktur simenfero mudah didapati dan murah harganya.


Bahan-Bahan Simenfero
Pada asasnya ,bahan rencam simenfero terdiri daripada motar(campuran pasir, simen dan air),tetulang,jejaring dan dawai keluli yang telah di bentuk mengikut struktur yang dikehendaki.Bancuhan perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk memastikan struktur simenfero boleh memenuhi mutu yang dikehendaki.

Bahan-bahan binaan yang diperlukan untuk simenfero adalah simen,pasir halus,tetulang jejaring, dawai keluli dan cat.

Simen
Simen adalah satu bahan binaan yang mempunyai ciri kejelektan dan kelekatan yang membolehkan membentuk bersama-sama pecahan-pecahan bahan galian menjadi satu struktur padat .Bahan yang melekatkan dalam simenfero dinamakan motar.
Motar pada amnya terdiri daripada campuran simen Portland dan pasir silika.Simen,jika dicampur dengan air menjadi satu gel dan akhirnya menghasilkan satu struktur keras iaitu adunan simen keras.Terdapat tiga jenis simen iaitu:-

1.Simen Portland Biasa ( Jenis 1 )
2.Simen Portland Biasa ( Jenis 11 )
3.Simen Portland Cepat Keras ( Jenis I11)
4.Simen Portland Menentang Sulfat (Jenis 1V)


Simen Portland Biasa ( Jenis 1 )
Simen Jenis ini tidak disyorkan untuk digunakan bagi pembinaan struktur yang terdedah kepada sulfat dalam tanah,air bawah tanah,air laut dan keadaan hydration yang tinggi.

Simen Portland Biasa ( Jenis 11)
Simen jenis ini sesuai digunakan untuk binaan struktur empangan besar.Ianyajuga sesuai digunakan dalam keadaan dimana suhu naik dengan cepat dan tinggi serta dimana pengecutan thermal boleh dikurangkan.

Simen Portland Biasa ( Jenis I11)
Simen jenis ini digunakan bagi tujuan menghasilkan kekuatan dengan cepat.Secara amnya, kadar kekuatan adalah 7 kali ganda lebih kauat daripada simen biasa pada kadar penggunaan air yang sama dalam bancuhan dan kekuatan diukur tiga hari selepas bancuhan.

Simen Portland Menentang Sulfat ( Jenis 1V )
Simen jenis ini sesuai digunakan bagi binaan struktur yang terdedah kepada serangan sulfat dan air laut.Simen jenis ini tidak mengurangkan daya menentang Sulfat dan ini biasanya lebih mahal dari simen biasa.

Agregat Halus
Agregat terbaik untuk campuran bahan simenfero ialah pasir sungai.Sebelum digunakan,pasir mestilah dalam keadaan bersih dari selut dan tanah,lerai dan bebas dari bahan-bahan organik yang boleh bertindak balas secara kimia dengan simen.
Pasir hendaklah digredkan denganmengayaknya terlebih dahulu.Saiz maksima agregat adalah 2.63mm.Saiz ini penting untuk memastikan mutu binaan yang baik
Nisbah bancuhan di antara simen ,pasir dan air adalah satu perkara yang penting dalam mendapat adunan yang baik untuk mendapat sesuatu struktur.

Jadual 1 : Nisbah Bancuhan  Pasir /Simen dan Simen / Air Untuk Binaan Biasa Berasakan Berat.

                           Campuran                                      Nisbah
                       
                          Simen / Pasir                                1 : 1.5 - 2.5
                          Simen / Air                                   1 : 0.35 - 0.5


Sebagai contoh ,jika nisbah simen/pasir dimabil 2.0 dan nisbah simen/air dimabil 0.5,maka bagi 1kg simen adalah diperlukan 2.0kg pasir dan 0.5kg air diperlukan untuk keperluan nisbah yang dipilih.

Tetulang dan jaring

Tetulang adalah bahan yang digunakan untuk membentuk struktur binaan dan menjadi asas kekuatan struktur. Bahan yang digunakan untuk tetulang perlu dipilih daripada jenis dan saiz yang sesuai seperti Besi RodMS,dawai dan sebagainya.Buluh juga pernah dicuba digunakan sebagai tetulang.
Jejaring keluli pula digunakan sebagai pemegang konkrit yang lepa ke permukaanya untuk membentuk sesuatu struktur binaan.Terdapat beberapa jenis jejaring yang digunakan seperti jejaring dawai Heksagon ( 0.5 x 22 gauge ) atau lebih dikenali mata jaring punai.Jejaring terkimpal Persegi (0.5 x 0.5 x 19 gauge ),Logam Terkembang ( Expanded Metal ) dan Jejaring Watson.

Cat ( Pewarna)
Cat atau pewarna digunakan untuk nilai estatik struktur selain daripada menambah ketahanan sesuatu yang dibina.Epoxy juga dugunakan bagi tujuan meningkatkan ketahanan dan penggunaan struktur yang terdedah kepada keadaan lembab.

Jenis dan warna yang dipilih bergantung kepada struktur binaan dan kepakaran  seni seseorang. Antara cat yang digunakan ialah jenis Timber Cote; dan cat jenis berkilat ( gloss ).Cat 'Timber cote' mempunyai 9 jenis warna yang berlainan manakala cat jenis berkilat ( gloss ) adalah sesuai untuk pilihan berwarna dan berkilau.

Peralatan Asas Bagi Kerja-Kerja SimenFero
 Bagi kerja-kerja simenfero, peralatan asas yang diperlukan adalah penyodok simen,perata simen,'plier',pemotong dawai dan beberapa peralatan lagi.

Proses Pembinaan Struktur SimenFero
Di dalam pembinaan struktur ' Hardscape' senitaman, ia melibatkan beberapa prosese.Secara ringkasnya, pembinaan struktur simenfero adalah seperti berikut.

1. Menentukan jenis dan saiz struktur yang hendak dibina
2. Menentukan anggaran kuantiti bahan binaan
3. Membentuk Rangka struktur
4. Menyediakan bancuhan motar ( mengikut isipadu )
5. Melepa motar                                                                        
6. Kerja penyudahan permukaan.
7. Rawatan
8. Mengecat

Menentukan Jenis dan Saiz.
 Struktur binaan simenfero perlu ditentukan bentuk, saiz dan isipadu yang sesuai sama ada berdasarkan anggaran atau pelan rekabentuk sasuatu senitaman yang telah disediakan.

Menentukan anggaran Kuantiti bahan Binaan.
 Secara praktikal, bahan-bahan untuk simenfero tidak ditimbang  sebelum bancuhan dibuat, tetapi disukat mengikut isipadu.Memandangkan ketumpatan bahan campuran adalah tidak sama di antara satu sama lain,maka sukatan mengikut isipadu perlu diubah supaya nisbah mengikut berat dapat dipenuhi.

Ketumpatan simen biasa, pasir dan air ialah disekitar 3150 kg/meter padu,2600 kg/meter padu dan 1000 kg/meter padu.Ketumpatan ini menunjukkan bahawa untuk satu-satu muatan isipadu seperti 1meter padu,berat yang dihasilkan oleh simen ialalh 3150 kg,pasir2600 kg dan air 1000 kg,mengikut muatan isipadu,nisbah yang diberi mestilah diubahsuaikan kepada nuatan isipadu.

Untuk Pengiraan bahan untuk bancuhan motar,nisbah bancuhan mengikut berat untuk air : simen : pasir boleh ditukarkan kepada nisbah mengikut isipadu seperti berikut :
                         
                              Nisbah  mengikut berat adalah :
                                        Pasir / Simen 2.0 : 1.0
                                        Air / Simen    0.5 : 1.0
               Untuk setiap isipadu simen V, isipadu pasir yang perlu ialah


                                           = 3150 x 2 x V
                                              __________
                                                    2600
                                            = 2.5V
Air yang diperlukan ialah :
= 0.5 x 3150 x V
Oleh itu nisbah mengikut isipadu air : simen : pasir adalah bersamaan dengan 1.5 : 1.0 : 2.5
Dalam penyediaan bahan-bahan untuk sesuatu projek, anggaran isipadu struktur yang hendak dibina boleh dihitung mengikut nisbah yang telah ditentukan.Ini adalah bertujuan mengelakan pembaziran atau kekurangan bahan semasa pelaksanaan projek.
Sebagai contohnya,untuk membina satu struktur senitaman yang sederhana besar memerlukan 0.2meter padu motar.Tambhan sebanyak 10% - 15% daripada isipadu ini dibuat sebagai faktor keselamatan.
Untuk memasikan bancuhan yang baik, anda boleh mengujinya dengan mengepalkan sedikit bancuhan konkrit dengan tangan.Jika kepalan tidak terbentuk iaitu retak atau terbelah,ini bererti konkrit tersebut kekurangan simen atau air.Jika kepalan sukar dibentuk,ini bermakna konkrit tersebut terlebih air.



Membentuk rangka struktur
Setelah bahan-bahan untuk simenfero telah disediakan,rangka sesuatu binaan perlu dibuat meggunakan bahan-bahan untuk tetulang,jejaring dan dawai.Rangka dibuat dengan besi keluli lembut dan dibalut dengan dawai jejaring yang diikat pada rangka struktur dengan dawai halus.Pastikan rangka dan jejaring diikat kemas.

Melepa motar
Bagi struktur simenfero,bancuhan motar biasanya dilepa dengan tangan.Melepa motar perlu konsisten dan motar boleh mengalir ke dalam jaring memenuhi rongga-rongga udara yang ada.Ini menentukan ketahanan dan kualiti struktur binaan.Biasanya, bancuhan hendaklah diturap dari luar kedalam permukaan struktur.Bancuhan motar yang baik dengan kelekitan yang sesuai akan memudahkan kerja-kerja penurapan.Adalah penting untuk memampatkan motar kerana kehadiran rongga-rongga udara boleh jejas kekuatan struktur.Kerja melepa ini memerlukan kemahiran yang biasanya diperolehi melalui latihan dan pengalaman.

Kerja Penyudahan  Permukaan.
Setelah melpa motar selesai,kerja penyudahan permukaan simenfero perlu dilakukan sebelum motar keseluruhan kering atau 'set'.Pastikan tiada dawai tau keluli yang terdedahdari permukaan kerana akan melemahkan struktur.Permukaan binaan boleh dibiarkan kasar atau licin bergantung kepada tujuan pembinaan struktur.Sebaiknya,ketebalan motar yang menutup tetulang/jejaring dawai mestilah tidak melebihi 1.5mm.Ketebalan ini dalah sesuai dalam kebanyakan binaan simenfero.


Rawatan
Selain dari memampatkan motar,rawatan hydrasi(hyadration) pada simen,menjaga suhu pergerakan kelembapan ke dalam dan keluar motar perlu dijalankan bagi memperolehi kualiti motar yang tinggi.Rawatan ini boleh dilakukan dengan menggunakan guni basah yang serkup ke permukaan struktur binaan selewat-lewatnya 24jam selepas dilepa.Rawatan ini hendaklah dijalankan selama 10-14 hari dan pastikan guni sentiasa basah dengan menyiram air keatasnya.Jika rawatan tidak dikendalikan dengan baik,keretakan akan ketara dipermukaan struktur.

Mengecat
Kombinasi warna memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan nilai estatik sesuatu binaan simenfero atau 'Hardscape' senitaman.Simen berwarna boleh digunakan bagi mengekalkan sesuatu warna permukaan binaan,tetapi harganya adalah lebih mahal dari simen biasa.Untuk mendapatkan kemasan yang cantik cat perlu disapukan dengan pergerakan dari kiri ke kanan dan sebaliknya atau dari atas ke bawah dan sebaliknya.Ini turut memastikan rongga-rongga pada permukaan turut diliputi oleh cat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.