31 July, 2010

Tanaman Betik

Carica papaya (Papaya, "Tropical Dwarf&qu...
Pengenalan
Pokok betik ( Carica papaya L ) dari keluarga Caricaceae,dikenali juga sebagai paw-paw merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup singkat.Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico.
Memandankan tempoh matang yang sangat singkat, lebih kurang sembilan bulan betik kebiasanya ditanam sebagai tanaman kontan di kebun-kebun getah dan kelapa sawit pada peringkat awal pertumbuhan tanaman itu.Jumlah keluasan tanaman betik di Semenanjung Malaysia telah menurun daripada 1259 ha pada tahun 1996 kepada 1213 ha dalam tahun 1997 dan seterusnya kepada 1207 ha pada tahun 1998.




Kandungan Zat
Betik biasanya dimakan segar,dimasak tau diproses kepada beberapa produk yang mempunyai potensi pasaran di dalam dan luar negara.Produk-produk dan makanan yang boleh dihasilkan termasuklah jem,pai,acar,kerabu,rojak,halwa,jeruk agar-agar/puding koktel dan sebagainya.Papian,sejenis enzim yang diperolehi daripada getah buah betik muda boleh digunakan untuk melembutkan daging,digunakan dalam minumam keras dan kegunaan  lain dalam bidang farmasi.Kandungan zat makanan bagi sebuah betik varieti Eksitika dan varieti lain .

Kandungan Zat Makanan Untuk Betik

Jenis Zat                              Vareiti Lain                       Eksotika
                       
Tenaga ( Kcal )                           34.0                                  59.0
Air ( g )                                        90.7                                  84.4
Protein ( g )                                   1.5                                     1.0
Lemak ( g )                                   0.1                                     0.1
Kabohidrat ( g )                            7.1                                   13.5
Gentian ( g )                                  0.5                                     0.5
Abu ( g )                                         0.1                                     0.5
Ca ( mg )                                      11.0                                   31.0
P ( mg )                                          7.0                                    17.0
Mg ( mg )                                      0.7                                      0.8
Na ( mg )                                       3.0                                      2.0
K ( mg )                                       39.0                                  337.0                        
Karotene ( ug )                         160.0                                 2431.0
R.E ( ug )                                  193.0                                   405.0
B 1 ( mg )                                      0.03                                     0.08
B 2 ( mg )                                      0.07                                     0.15
Niacin ( mg )                                 0.1                                       0.1
Vitamin C ( mg )                         71.0                                     69.3

Botani
Nama  saintifik bagi betik ialah Carica papaya L dari keluarga Caricaceae.


Pokok
Betik merupakan sejenis tumbhan saka herba yang mempunyai kadar tumbesaran yang cepat.Batangnya tumbuh secara menegak,bertisu lembut, beringga( hollow),bergetah dan boleh mencapai ketinggian sehingga lapan meter tinggi.Pokok betik mempunyai sistem akar yang cetek.

Daun
Betik mempunyai daun tunggal( single ) yanglebar dan bercuping.Terdapat 5-7 cuping yang setiap satunya bergerigi kasar ditepinya.daunnya licin, berwarna hjau tua dibahagian atas dan hijau muda dibahagian bawah serta mempunyai tangkai daun yang panjangnya antara 46-60cm dan berongga di tengahnya.



Carica papaya2

Bunga dan Pendebungaan
Setiap pokok betik akan mengeluarkan sama ada bunga jantan, bunga betina ataupun bunga hermafrodit.Kelopak bunga biasanya berwarna krim dan berlilin(waxy).Bunga jantan bersaiz kecil lebih kurang 2-3 cm panjang dan 1.8 cm lebar dan berbentuk secara berjambak dengan tangkai bunga sepanjang 30 - 90 cm. Bunga betina bersaiz lebih kurang 3 cm lebar dan panjang 6 cm panjang dan mempunyai 5 kelopak bunga.Ianya mempunyai ovari yang besar dan bulat dengan stigma yang bercuping terbentuk diatasnya.Kebiasaanya terdapat cuma 1 bunga betina tetapi kadang-kadang terdapat juga 2 - 3 kuntum bunga betina dalam jambak yang terbentuk di ketiak daun dengan tangkai yang pendek.Bunga hermafrodit mempunyai ciri-ciri yang seakan-akan sama dengan bunga betina kecuali saiznya yang kecil sedikit dan ovari yang terbentuk memanjang.Disamping stigma bunga-bunga hermafrodit mempunyai stamen yang melekat pada kelopak bunga.
Carica papaya ialah spesis poligamus di mana tabii spesis ini ialah diesius,iaitu pokok jantan bersama pokok betina dalam satu populasi.Gangguan manusia dan pemilihan yang mengenepikan pokok-pokok jantan yang tidak produktif menyebabkan muncul populasi ginodiesius yang mengandungi pokok betina dan pokok hermafrodit.Pendebungaan biasanya berlaku dengan tiupan angin dan kadangkala dibantu oleh serangga.
 
Carica papaya1

Buah
Terdapat berbagai rupa bentuk buah dari segi saiz,bentuk dan berwarna kerana pokok betik didebungakan secara kacukan.Pada amnya,buah hermafrodit berbentuk bujur dan memanjang dengan isi yang tebal,manakala buah betina berbentuk bulat dengan ruang ovari yang besar dan isi yang nipis.Kulit buah betik biasanya licin,nipis dan berwarna hijau diperingkat awal dan bertukar menjadi kuning atau oren apabila masakIsi betik berwarna krim kekuningan dan bertukar menjadi kepada oren atau merah apabila masak.Bahagian tengah buah berongga dengan biji-biji kecil berwarna hitam melekit di dindingnya.
Carica papaya, Caricaceae, Papaya, fruits; Bot... 
KULTIVAR BETIK
Jenis-jenis betik yang ditanam di Malaysia terdiri daripada jenis-jenis tempatan dan juga beberapa jenis dari luar negeri seperti Hawaii,India,Indonesia.Jenis yang menjadi pilihan biasanya yang mengeluarkan buah yang lebat damn bermutu.Pilihan adalah berdasarkan kepada bentuk buah yang menarik dan saiz yang seragam bagi satu pokok,rasa yang manis serta ketahanan kepada serangan musuh dan penyakit.

Subang 6
Jenis ini sesuai untuk diproses kerana  warna isinya yang menarik serta saiz buahnya yang seragam.Ia juga boleh dimakan segar kerana senang dihiris dan tidak mudah patah.Betik jenis ini sangat subur pada peringkat awal pertumbuhan dan berbuah awal,lebih kurang 42-44 minggu selepas disemai.Buah mula berbentuk pada paras yang rendah di antara 47-60 cm daripada paras tanah.Batang pokoknya mempunyai ruas yang pendek, peratus buku steril yang tinggi iaitu 56% dalam tahun pertama dan 75% dalam tahun yang kedua.Didapati lebih kurang 10% buku yang berbuah menyangga lebih dari satu biji buah.Kejadian buah-buah berkarpel adalah sangat rendah.Subang 6 mempunyai buah hermafrodit yang panjang dan berbentuk selinder dan tirus di bahagian leher.Buah betina berbentuk bulat,dengan ruang ovari yang lebih besar dan isi yang nipis.

Buah yang masak mempunyai warna kulit yang menarik iaitu kuning seragam dengan permukaan buah yang sangat bersih dan bebas daripada bintik-bintik atau lebam manakala warna isi buahnya merah terang dan agak pudar apabila berhampiran lapisan kulit.Teksturnya bagus dan mantap, dengan kandungan gula yang rendah dalam lingkungan 10.5 hingga 11 %, J.P.L serta kurang perisa.

Buah yang matang mempunyai berat dalam lingkungan 1.3 kilogram sebiji.Hasil Subang 6 tidak begitu stabil kerana sensitif pada persaingan.Di bawah pengurusan yang baik, hasinya boleh mencapai 40-50 tan metrik sehektar selepas 18 bulan ditanam.

Sitiwan
Betik jenis ini lebih sesuai untuk diproses atau ditinkan kerana hasilnya tinggi dan isinya yang pejal.Ianya mempunyai tumbesaran yang sangat subur,ketinggian yang sederhana dan cepat berbauh,kira-kira 44-45 minggu selepas disemai.Buah pertam dibentuk pada ketinggian 80 cm daripada paras tanah.

Batangnya mempunyai buku steril yang tinggi iaitu 65% dalam tahun pertama dan 68% dalam tahun yang kedua.Kira-kira 12% buku yang berbuah menyangga lebih daripada satu biji buah.Kejadian buah-buah berkarpel adalah  di antara 0.8%.

Betik Sitiawan mengeluarkan buah hermafrodit yang berbentuk panjang dan selinder,manakala buah betina didapati lebih bulat di bahagian bawah.Buah-buah yang masak mempunyai warna kulit jingga kekuningan dengan jalur-jalur hijau.Kulitnya bersih dan bebas daripada bintik-bintik atau lebam.Permukaan buahnya tidak rata dan kadangkala bertanda dengan garis-garis alur.Warna isinya merah tetapi agak pudar apabila berhampiran lapisan kulit buah.Teksturnya sangat mantap, berasa kurang sedap dengan kandungan gula dalam lingkungan 10% J.P.L.

Saiz buah yang matang adalah di antara 1.5 - 2.5 kilogram sebiji.Hasil betik Sitiawan mudah dipengaruhi oleh keadaan alam persekitaran,dengan hasil 10 hingga 50 tan metrik sehektar.Kepadatan yang disyorkan ialah 1,500 pokok sehektar.

Carica papaya


Batu Arang
Jenis ini dipilih dari sebuah pekan yang bernama 'Batu Arang',kira-kira 40 kilometer dari Kuala Lumpur.Betik jenis ini mempunyai ketinggian yang sederhana tetapi cepat berbuah.Ianya mula berbunga 4 hingga 6 bulan selepas disemai dan mengambil masa selama 5 bulan untuk buah membesar dan masak.Buah pertama boleh didapati pada ketinggian 80 cm daripada paras tanah.Tumbesaran dan penghasilan pokok amat sensitif kepada faktor-faktor alam persekitaran seperti suhu yang tinggi dan kemarau.Kejadian buah berkarpel didapati rendah di antara 2 - 3 %.

Betik Batu Arang mempunyai buah hermafrodit yang berbentuk memanjang dan genuk dengan garis pusat yang hampir sama bagi seluruh buah.Buah betina di sebaliknya lebih bulat.
Buah yang masak mempunyai kulit yang berwarna kuring dengan garis-garis hijau dan didapati bersih serta bebas dari bintik-bintik atau lebam.Ruang ovari buah agak kecil dengan bilangan yang banyak.Isinya merah, sangat tebal,mantap dengan aroma yang halus dan mempunyai kandungan gula yang sederhana iaitu 12 - 13 % J.P.L.

Buah yang matang mempunyai saiz yang sederhana besar dengan keberatan dalam lingkungan 1.5 kilogram sebiji.Purata pengeluaran adalah 15 - 20 biji buah sepokok setahun dengan purata hasil 30 tam metrik sehektar.

Eksotika
Betik jenis ini adalah hasil kacukan di antara jenis Subang 6 dengan jenis luar negeri iaitu Hawaiian Sunrise Solo.Ia adalah dari jenis Gynodiosius dengan ciri tumbesaran yang sederhana .Buah pertama terbentuk pada ketinggian 60 - 80 cm daripada paras tanah,dan boleh dipetik kira-kira 42-44 minggu selepas disemai dengan segregasi jantina 2:1 ( hermafrodit : betina ).

Kejadian peratus buku steril agak rendah iaitu diantara 22 % dalam tahun pertama  dan 47 % dalam tahun kedua.Sebiji buah biasanya terbentuk pada setiap buku yang subur dan didapati tersebar rata sepanjang batang pokok.Pengeluaran bunga dan pembentukan buah adalah sensitif kepada faktor-faktor alam persekitaran.Kejadian buah berkarpel adalah kurang daripada 5 %.

Betik Eksotika mempunyai buah hermafrodit yang berbentuk piriform dan mencerut sedikit di bahagian atas, manakala buah betina berbentuk agak bulat.Ianya mempunyai kulit buah yang licin tetapi kadang-kadang bergaris dengan alur yang nipis memanjang.Buah-buah yang masak mempunyai warna kulit yang kekuningan dengan garis-garis hijau.Biasanya terdapat bintik-bintik di permukaan kulit buah.Isi buahnya berwarna jingga kemerahan dan seragam  sehingga kelapisan kulit .Peringkat terbaik untuk dimakan segar ialah apabila buah berada dalam peringkat indek kematangan 5, iaitu 75% buah berwarna kuning.Pada peringkat ini,isinya mantap, berair, berbau harum dengan kandungan gula di antara 13 - 15 % J.P.L.

Purata saiz ialah 600 - 800 g sebiji .Di bawah pengurusan yang baik, pokok Eksotika boleh mengeluarkan purata hasil sebanyak 40-65 tan /ha/tahun. 

 Eksotika II
Betik jenis ini juga dikenali sebagai 'Hybrid Eksotika' dan dihasilkan daripada kacukan Titisan 19 Eksotika dengan Titisan 20 Eksotika.Segregasi jantina ialah 1:1 ( hermafrodit:betina ) Eksotika II mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Eksotika tetapi dengan kelebihan dari segi perkara-perkar seperti berikut :

i.   Kosmetik buah : kulit buah kurang berbintik ;
ii.  Isinya lebih manis : 14.5 % J.P.L;
iii. Saiz buah yang lebih besar : 600 - 100 g sebiji ;
iv. Penghasilan yang tinggi : dalam lingkungan 20% lebih tinggi daripada Eksotika ;
v.  Tekstur isi yang lebih mantap ;
Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.